Khamis, 9 Mei 2013

Satu Perjalanan September 1997-No 2

Satu Perjalanan September 1997-No 2 Aku dah tukar kereta ..proton iswara saloon 1.5 no plat JCW8151.Kereta lama toyota XL ragamnya banyak aku dah jual.Guna kereta nasional pula.Barangan buatan Malaysia. Seperti biasa persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua telah di buat.Semua barang barang keperluan telah di masukkan kedalam beg. 15 sept 1997 masih diingat lagi tanda kelahiran kelihatan bila ayang tengah bekerja.Waktu tu hampir jam 5 petang Rakan sekerjanya hantarnya ke Hospital.Aku dapat panggilan telepon .....dari Pasir Gudang aku terus menuju ke Hospital. Setelah lama menunggu jam 9.35 malam baru ayang bersalin.Kali ini aku dapat anak perempuan yang comel. Sekarang aku dah ada 1 lelaki dan 1 perempuan....sepasang.Syukur kepada Allah semuanya selamat.Kali ini aku tak tunggu lama terus aku qamat di telinganya.Dimasa yang sama aku terfikir tugas dan tanggung jawab aku akan bertambah.Kos sara hidup juga akan bertambah.Tapi itu bukan persoalannya dan masalahnya.Aku percaya pada rezeki ...Yang penting kita berusaha.Rezeki tak akan datang bergolek. Aku namakan anak ini Nurain bermaksud cahaya mata. Lahir pada hari Isnin 15 sept 1997 bersamaan 12 jamadilawal 1418.Hati Gembira dapat anak perempuan....Syukur alhamdulillah.

Satu Perjalanan Jun 1997-Bantu membantu

Satu Perjalanan Jun 1997-Bantu membantu Masa berlalu dengan begitu pantas.Tiada masa untuk berfikir perkara lain.Dunia aku hanya pergi kerja dan memikir hal keluarga.Kini anak sulung aku berusia 10 bulan.Sudah pandai merangkak dan pandai mengemas rumah yang telah di kemas.Kandungan anak kedua aku kini berusia hampir 6 bulan.Kesian aku tengok ayang dengan kandungan yang semakin membesar..penat bekerja balik rumah kena buat keja rumah.Aku membantu mana yang boleh aku buat.Tak sampai hati biarkan isteri buat kerja rumah berseorangan. Semangat seorang wanita memang kuat..aku akui banyak perkara yang orang lelaki tak boleh lakukan.Contohnya seorang wanita yang sudah berkawen dan bekerja lepas pulang dari kerja ambil anak lepas tu masak untuk makan malam.Mandikan anak,layan karenah anak/suami.Kemas rumah dan lain ain yang berkaitan.Aku rasa perkara yang macam nie banyak lelaki tak boleh lakukan.Lelaki hidupnya tak sempurna tanpa wanita/isteri. Bagi lelaki yang mahu berumahtangga persiapkan diri dengan belajar membuat kerja rumah,jaga anak,belajar masak dan biasakan diri dengan hal hal di dapur.Melainkan anda punyai kewangan yang kukuh iaitu isteri tak perlu bekerja atau kalau isteri mahu berkerja cari kannya pembantu rumah untuk buat kerja kerja tersebut...itu kalau mampulah.Bagi wanita pula kalau suami ringan tangan hal hal di dapur jangan pula lepas tangan....jadi queen pulak.Kesimpulannya kena bertolak ansur saling paham memahami antara stu sama lain.

Satu Perjalanan Febuari 1997-Kejutan

Satu Perjalanan Febuari 1997-Kejutan Kini anak aku telah berusia 6 bulan.Sudah pandai meniarap.Aku rajin melayannya.Suka tengok dia ketawa dan tersenyum.Rutin harian macam biasa tidak berubah.Kadang kadang memang rasa penat...nak buat macam mana itu sudah tanggung jawab. Raya tahun ini raya pertama aku beraya di Johor dan hari kedua balik ke Melaka.Pertama kali raya bertiga.Baju raya sedondon. Berita memeranjatkan isteri aku mengandung lagi....hahaha.Kini kandungan berusia hampir sebulan.Pada awal perkawinan sukar untuk mendapat anak...bila dah dapat seorang akan menyusur lagi seorang.Rezeki anak. Kalau tiada aral melintang anak kedua akan lahir pertengahan bulan september.Bermakna anak pertama baru berumur 1 tahun anak kedua bakal lahir.Jarak selang setahun.Anak sulung belum puas bermanja dah dapat adik lagi seorang.Lagi pun impian aku nak punyai anak ramai sekurangnya 5 orang. Kalau kita lihat ibubapa kita dan orang dahulu memang mereka punya anak yang ramai.Tak pernah pula kita dengar ada antara mereka mati kelaparan.Adik beradik aku sendiri ada 9 orang dan keluarga ayang aku ada 14 orang adik beradik.Aku percaya setiap anak ada rezekinya.........

Satu Perjalanan Desember 1996-Pengalaman Terindah

Satu Perjalanan Desember 1996-Pengalaman Terindah Kini anak aku Abdul Azim dah berusia 4 bulan.Bayi kalau usia begini memang seronok kalau kita geletek atau mengagah kan nya.Sungguh comel kalau lihat bayi tersenyum ketawa.Aku kalau boleh nak kan anak aku sentiasa bayi.Bau bayi sungguh sedap di bau.Tak puas kalu menciumnya. Ayang aku dah mula bekerja setiap hari aku hantar dan balik.Anak aku Ibu mertua yang jaga.Besar jasa dia orang kat aku.Jasa mu tetap di kenang.Tak terbalas rasanya. Setiap pagi bila ayang buat sarapan aku akan jaga anak dan begitu juga bila waktu balik dari kerja, aku jaga anak ...ayang masak.Oleh kerana dua dua bekerja...jadi kerja rumah kena bahagi bagikan atau buat bersama sama.Tugas aku lebih kepada membantu seperti pembantu tukang masak,basuh baju atau sidai kain tapi yang aku tak suka buat lipat kain.Lipat kain memang aku malas nak buat..entaklah rasa macam lecehlah. Baru anak seorang ...terasa kesibukannya..demi anak ....aku dan ayang sanggup korban masa rehat untuk diri sendiri.Tiada istilah masa peribadi..Aku sebenarnya adalah serba sedikit pengalaman jaga bayi.Dulu kalau cuti sekolah aku selalu pergi kerumah kakak aku yang dah berkawen.Dulu jaga anak saudara kini jaga anak sendiri pula. Jaga anak kecil ni memang seronok tapi memenatkan....penat tolak ketepi yang penting kepuasan diri dan rasa tanggungjawab-

Satu Perjalanan october 1996-kini bertiga

Satu Perjalanan october 1996-kini bertiga Hidup aku dah berubah sekarang.Rutin harian dah berubah.Dulu berdua kini bertiga.Satu Tranformasi kehidupan.Anak aku Azim kini berusia sebulan lebih.Aku dapat lihat tumbesarannya di depan mata.Satu hari dalam seminggu aku bersama ayang akan pergi ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan kesihatan ibu dan anak.(timbang berat/suntikkan dll yg berkaitan) Setiap saat aku teringatkan anak aku.Ayang aku cuti bersalin hampir 2 bulan.Dalam tempoh berpantang Ibu mertua yang jaga.Lepas pantang aku akan bawa balik ke kg aku di Melaka.Emak dan adik beradik aku ada juga datang melawat. Antara tugas baru aku buat susu atau tukar pampers pada malam hari.Kalau anak menangis pukul 1 pagi ,biasanya kami bergilir gilir bangun untuk buat susu atau tukar pampers.Mula mula kekok juga tapi lama lama aku dah jadi biasa.Paling tidak pun 2-3 kali pasti bangun untuk buat susu.Aku dan ayang terpaksa korban masa tidur demi anak.Apabila dah jadi ayah baru aku tahu susah payah abah dan Emak atau ibubapa yang lain menjaga anak kecil seperti menatang minyak yang penuh.Nasihat aku pada semua hormati,hargai dan sayangilah ibubapa kita selagi hayat dikandung badan.Besar jasanya kepada kita dan jangan sesekali kita menderhaka kepada mereka. Bagi yang merantau sentiasalah bertanya khabar berita.Haaa....talipon sekarang ibubapa anda.

Satu Perjalanan 3 Ogos 1996-Menjadi Ayah

Satu Perjalanan 3 Ogos 1996-Menjadi Ayah Tidak tahu mengapa hari ini aku rasa resah dan hati berdebar debar.Pagi ini belum ada tanda tanda kelahiran tapi aku lihat ayang sangat gelisah .Mukin tanda tanda kelahiran semakin hampir.Aku bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Petang saat yang di tunggu telah tiba......air tuban telah pecah ...aku terus menghantar ayang ke Hospital johor Bahru.Sampai di sana lebih kurang jam 5.00pm aku buat check in di kaunter pendaftaran dan ayang terus masuk ke wad bersalin.Di wad bersalin masih menunggu lagi.Kelihatan ayang menahan kesakitan yang amat sangat.Aku dapat merasai kesakitan itu... riak wajahnya memang sakit.Lebih kurang 6.30 pm ayang masuk ke dewan bersalin.Suami tidak di benarkan masuk.Aku sempat mencium dahi ayang dengan di iringi kata kata semangat. Di luar bilik bersalin kelihatan ramai pesakit yang menungu untuk melahirkan anak.Jururawat begitu sibuk sekali melayan karenah pesakit.Bunyi tangisan bayi kedengaran sana sini.Aku tiada pilihan terpaksa tunggu di luar.Aku tak pasti apa berlaku di wad bersalin.Sehingga jam 8 malam tiada berita ayang telah bersalin.Aku tetap setia menunggu di hospital. Security mengarahkan aku supaya tunggu di bawah.Katanya Wad bayi adalah kawasan larangan tujuannya untuk mengelak kehilangan bayi.Aku akur dengan arahannya.Sampai di bawah tiba tiba lampu semua terpadam dan 5 minit kemudian tenaga electrik sokongan di hidupkan di Hospital.Panik juga aku tadi. Aku tidur sebentar di dalam kereta.Jam 5 pagi aku naik ke wad bersalin dan aku dapati ayang aku telah selamat bersalin anak lelaki pada pukul 9.35mlm.Bayi yang sungguh comel dan kulitnya putih kemerahan.Terus aku azan di telinga kanannya.Hai! baby ni ayahlah...aku sentuh dahi,hidungnya dan jarinya.Di hati terasa satu kepuasan . Ayang kelihatan keletihan seperti kehilangan tenaga.Aku buatkannya susu dan beri roti buat sementara waktu untuk alas perut.Terima kasih kerana melahirkan zuriat...penyambung generasi kita. Pagi ini aku rasa sungguh gembira.Khabar gembira ini telah aku khabarkan pada mak ,mertua dan adik beradik aku. Bila aku baca suratkhabar pagi ini baru aku tahu seluruh malaysia tak ada electrik pada 3 ogos 1996. Kalau ikut dalam kelender islam anak aku layir pada 19 rabiulawal 1417.Aku namakannya Abdul Azim yang bermaksud hamba yang agung. Tidak tahu mengapa hari ini aku rasa resah dan hati berdebar debar.Pagi ini belum ada tanda tanda kelahiran tapi aku lihat ayang sangat gelisah .Mukin tanda tanda kelahiran semakin hampir.Aku bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Petang saat yang di tunggu telah tiba......air tuban telah pecah ...aku terus menghantar ayang ke Hospital johor Bahru.Sampai di sana lebih kurang jam 5.00pm aku buat check in di kaunter pendaftaran dan ayang terus masuk ke wad bersalin.Di wad bersalin masih menunggu lagi.Kelihatan ayang menahan kesakitan yang amat sangat.Aku dapat merasai kesakitan itu... riak wajahnya memang sakit.Lebih kurang 6.30 pm ayang masuk ke dewan bersalin.Suami tidak di benarkan masuk.Aku sempat mencium dahi ayang dengan di iringi kata kata semangat. Di luar bilik bersalin kelihatan ramai pesakit yang menungu untuk melahirkan anak.Jururawat begitu sibuk sekali melayan karenah pesakit.Bunyi tangisan bayi kedengaran sana sini.Aku tiada pilihan terpaksa tunggu di luar.Aku tak pasti apa berlaku di wad bersalin.Sehingga jam 8 malam tiada berita ayang telah bersalin.Aku tetap setia menunggu di hospital. Security mengarahkan aku supaya tunggu di bawah.Katanya Wad bayi adalah kawasan larangan tujuannya untuk mengelak kehilangan bayi.Aku akur dengan arahannya.Sampai di bawah tiba tiba lampu semua terpadam dan 5 minit kemudian tenaga electrik sokongan di hidupkan di Hospital.Panik juga aku tadi. Aku tidur sebentar di dalam kereta.Jam 5 pagi aku naik ke wad bersalin dan aku dapati ayang aku telah selamat bersalin anak lelaki pada pukul 9.35mlm.Bayi yang sungguh comel dan kulitnya putih kemerahan.Terus aku azan di telinga kanannya.Hai! baby ni ayahlah...aku sentuh dahi,hidungnya dan jarinya.Di hati terasa satu kepuasan . Ayang kelihatan keletihan seperti kehilangan tenaga.Aku buatkannya susu dan beri roti buat sementara waktu untuk alas perut.Terima kasih kerana melahirkan zuriat...penyambung generasi kita. Pagi ini aku rasa sungguh gembira.Khabar gembira ini telah aku khabarkan pada mak ,mertua dan adik beradik aku. Bila aku baca suratkhabar pagi ini baru aku tahu seluruh malaysia tak ada electrik pada 3 ogos 1996. Kalau ikut dalam kelender islam anak aku layir pada 19 rabiulawal 1417.Aku namakannya Abdul Azim yang bermaksud hamba yang agung.

Satu Perjalanan Julai 1996-Menghitung hari kelahiran

Satu Perjalanan Julai 1996-Menghitung hari kelahiran Hati semakin berdebar debar menanti kelahiran anak sulung aku.Perut ayang semakin membesar.Aku merasa seronok bila aku menyentuh perut ayang terasa baby bergerak dan seakan menendang nendang seperti mahu keluar ke dunia yang lebih luas.Hai baby...sabar ya..bila tiba masanya kamu akan dapat melihat dunia dan ayah kamu. Aku dan ayang membuat persiapan rapi.Semua barang barang baby untuk keperluan bersalin telah di masukkan ke dalam beg dan diletakkan di dalm boot kereta.Senang nanti bila tiba waktu nak bersalin tak payah nak fikir lagi atau tercari cari. barang keperluan.Start engine terus menuju ke hospital. Sekarang ni aku berada di dalam keadaan bersedia.Emosi sedikit terganggu memikirkan saat saat kelahiran anak sulung aku..Aku tahu saat melahirkan anak adalah saat seperti bertarung dengan nyawa.Aku berdoa supaya ayang dan kandungan selamat bila tiba saat kelahiran nanti.Sehingga saat ini 30 julai 1996 belum ada lagi tanda tanda kelahiran.......dab.dup dap..dup..

Satu Perjalanan Mei 1996-Rezeki lebih

Satu Perjalanan Mei 1996-Rezeki lebih Hari raya haji yang lalu aku balik kampung di Melaka.Naik kereta yang baru dibeli.Aku beli kereta second hand Toyota XL 1.3(bentuk sama dengan toyota LE) No Plat JBK2738.Bayaran bulanan $500/bln.Mudahlah pergerakkan aku membawa isteri yang sarat mengandung terutama ke klinik dan menghantarnya ketempat kerja. Lagi satu yang dah masuk dalam perancangan aku nak beli rumah.Aku dah tandatangani perjanjian jualbeli runah kos sederhana rendah di Taman Mawar pasir Gudang.Rumah berharga $65K.Rumah di jangka siap 2 tahun dari sekarang.Jangkaan bayaran kepada bank dalam$550/bln.Deposit rumah ni aku dan ayang guna duit kwsp. Bunyinya macam banyak guna duit.Memang banyak pun.Buat masa ni kalau aku sorang kerja memang tak cukup.Oleh kerana isteri bekerja dapatlah tambah mana yang tak cukup.Gaji isteri banyak diguna untuk simpanan masa depan.Gaji aku banyak digunakan untuk kos sara hidup. Motor yang telah banyak berjasa pada aku Honda raider JBG608 telah aku jual untuk ditokok tambah deposit kereta.Sedih jugak tengok motor aku bertukar tangan.uhuhu.... ops!!! jgn lupa awal ogos aku akan dapat baby......senangnya dalam hati..kalau dapat baby..seperti dunia ..ini ana yang punya......

Satu Perjalanan Januari- April 1996-Menjelang kelahiran

Satu Perjalanan Januari- April 1996-Menjelang kelahiran Hujan turun mencurah curah jam menunjukkan pukul 9pm.Tarikh di kelender 30 april.Hampir 5 bulan aku tidak mencoretkan apa apa di dairi kehidupan aku.Munkin malas,tiada masa atau kedua duanya.Aku lihat ayang sedang tidur di sofa.Munkin keletihan atau alah orang mengandung. 1 jam yang lalu aku mengurut kaki ayang katanya crem.Seorang suami perlu faham dan banyak banyak bersabar bila isteri mengandung.Adakalanya emosinya boleh berubah bila bila masa..Pembawa budaklah katakan.Hujung bulan 7 atau awal bulan 8 aku akan menjadi bapa.Tak sabar rasanya. Belum scan lagi sebab nak rasa gembira yang original.Tak syok kalau dah tahu jantina.Aku tak kisah anak lelaki atau perempuan.Yang penting segalanya selamat.....

Satu Perjalanan November 1995-Usaha Tangga Kejayaan

Satu Perjalanan November 1995-Usaha Tangga Kejayaan Bulan lepas 30 oct genap setahun perkawinan aku.Tiada kek cuma makan di luar.Bulan 11 adalah bulan yang paling gembira bagi aku dan isteri.Hasil usaha yang gigih isteri aku telah di dapati hamil.Sebelum itu terlihat perubahan pada isteri aku....sering pening lalat dan tekak loya.Bila buat test di klinik di dapati sah mengandung.....yes yes berjaya juga.Kalau ikut kiraan awal bulan lapan aku akan menjadi Ayah. Sudah 2 kali kami gagal untuk menimang cahaya mata.Aku harap kali ini tiada masalah.Sudah pastinya aku akan menjaga ayang dan kandungan sebaik baiknya.Kerja rumah yang berat berat memang aku yang buat. Tiada kata kata lagi yang menggambarkan kegembiraan aku dan oleh kerana tersangat hapi coretan aku pendek saja tapi penuh dengan makna.Syukur kepada Allah.

Satu Perjalanan Julai-Sept 1995-Berusaha lagi

Satu Perjalanan Julai-Sept 1995-Berusaha lagi Kehidupan seperti biasa statik tak turun dan tak naik.Pergi kerja balik kerja..bila lapar makan itu saja.Ayang aku tak jadi berhenti kerja.Secara jujurnya aku suka kalau dia bekerja....tinggal di rumah pun sorang sorang.Buat masa ini belum ada tanda tanda untuk hamil....tapi kami berusaha keras selain berdoa aku hantar ayang pergi berurut untuk naikkan peranakan kembali.Kata orang kalau lepas keguguran susah untuk hamil kembali.Harap harap usaha kami nie berhasil. Kalau tak hamil susah juga nak jawap pertanyaan orang sekeliling...pertanyaan yang biasa di dengar....bila nak dapat anak..bila nak timang cahaya mata...dah lama dah ni.Semak juga kepala nak jawap.Kadang kadang terasa nak pakai baju yang bertulis saya tengah berusaha untuk dapatkan anak.Harap bersabar. Aku rasa perasaan ynag sama juga dihadapi oleh pasangan suami isteri yang telah lama berkawen tapi tak dapat anak.Kalau boleh jangan dibebankan kepada mereka dengan soalan soalan yang begitu.Hujung bulan october akan genap 1 tahun perkawinan.Semoga di permudahkan perjalanan hidup aku di masa yang mendatang.

Satu Perjalanan Jun 1995-mud malas

Satu Perjalanan Jun 1995-mud malas Jam menunjukkan pukul 10.30malam.Ayang sedang mengait membuat alas meja.Dia masih lagi bercuti.Belum buat keputusan untuk berhenti kerja.Kalau bekerja pun ok juga ..simpan duit untuk masa depan.Tapi aku tak paksa terpulang kepada empunya diri. Pada bulan ini juga aku ada balik kampung di Melaka.Hapi dapat jumpa emak dan abah serta adik.Kalau masa solo dulu paling tidak 2 bulan sekali aku balik kampung...pantang ada cuti pasti aku balik kampung. Tapi sekarang kena bahagikan masa .Bagi aku selagi ada emak dan abah aku akan tetap mengjengoknya. Kena bijak membahagikan masa antara keluarga aku dan keluarga ayang. Selepas 2 hari di Melaka aku pergi ke Puchung Selangor menghadiri kenduri kawen sepupu ayang aku.Tidur semalam disana.Naik kereta Mertua yang singgah sebentar di kampung aku.Sampai disana aku tolonglah buat apa yang patut.Pada hari majlis ...lepas tengahhari aku mengular dengan biras aku Paidi berjalan di kawasan sekitar dan window shoping di Makro. Masa tu belum ada hanphone lagi.Akibatnya ramai yang tercari cari aku dan biras aku.Kena bebel .... pok pek pok pek ..kalau di pikirkan kembali memang patut pun aku kena bebel .....orang lain sibuk menolong kenduri kawen aku dan biras menghilangkan diri.Lepas asar aku & ayang bersama mertua pulang ke JB dan singgah sebentar di kampung aku.Badan terasa penat.Besok hari isnin aku akan bekerja seperti biasa......

Satu Perjalanan Mei 1995-Gembira dalam Kesedihan

Satu Perjalanan Mei 1995-Gembira dalam Kesedihan Pagi ini aku rasa begitu muram sekali.Aku lihat ayang macam kurang bercakap dengan aku tidak seperti selalu.Munkin di sebabkan demam atau jiwa tertekan.Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.Aku juga merasa amat sedih kerana kandungan telah keguguran.Kandungan baru nak mengjangkau 4 bulan telah gugur pada 2 minggu lepas..Belum ada rezeki lagi nampaknya.Kita manusia hanya mampu merancang hanya allah yang menentukannya.Pagi ini aku hantar ayang ke klinik kerana demam dan aku masuk kerja lewat hari ini.Tak per yang penting ayang aku sihat. Pada 1 mei aku telah pindah rumah ke rumah sewa di belakang rumah mertua di Jln sebulung kg.melayu.Ada baiknya tinggal berhampiran dengan mertua,sekurang kurangnya tidak lah sunyi sangat ayang aku bila aku pulang lewat dari kerja. Satu berita gembira aku telah dinaik pangkat ke jawatan pegawai.Gaji naik sedikit.Walaupun naik sedikit aku tetap bersyukur. Minggu lalu emak ada datang ke JB dia melawat ayang aku dan dimasa yang sama menghantar kak lela(kakak aku) yang akan berpindah ke Sabah bersama keluarganya.Abang ipar aku iaitu abg Latif telah di tukar ke Sabah.Aku ikut sekali hantar ke airport senai.Aku lihat muka emak,kak lela dan abg latif macam tak ceria jer...aku dapat rasakan munkin ada krisis dalaman. kot.Macam aku juga..lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Aku bagitahu emak raya haji tahun ni aku tak dapat balik kampung..atas alasan cuti cuma 1 hari.Emak diam tapi aku yakin emak begitu memahami jiwa dan perasaan aku.Kemungkinan besar ayang akan berhenti kerja.Aku tak boleh memaksanya untuk bekerja.Terpulanglah padanya untuk bekerja atau tidak.Lagi pun dia tak berapa sihat sekarang ini.Dia cuti lebih sebulan sebab keguguran.Berpantang macam orang bersalin. Harapan aku sekarang aku nak bahagia bersama keluarga,hidup dalam kesederhanaan dan mempunyai zuriat jika di izinkan......

Satu Perjalanan Feb 1995-Bakal menjadi bapa

Satu Perjalanan Feb 1995-Bakal menjadi bapa Yea...gembiranya aku ayang aku di sahkan mengandung .Jika tiada halangan aku akan menjadi bapa pada tahun ini jangkaan bulan october.Aku dan ayang kena jaga kandungan ini dengan sebaik baiknya.Inilah saat saat yang paling gembira dan di nanti nantikan dalam hidup aku. Oleh kerana aku sering pulang lewat dari kerja..aku rasa aku akan pindah rumah ke rumah mertua kebetulan bapa mentua aku sedang membuat sebuah rumah sewa di tepi rumahnya.Setiap hujung minggu aku membantu bapa mertua mana yang boleh untuk menyiapka rumah ini. Dijangka siap bulan mei.Jadi bila aku tinggal disana sekurang kurangnya ada ibubapa ayang aku menjengoknya bila aku pulang lewat. Aku rasa aku akan menyewa disini untuk sementara waktu sahaja.Bila keadaan kewangan sudah menjadi kukuh sudah pastilah aku akan membeli sebuah rumah yang lebih selesa.Segalanya dalam perancangan.Bila menjadi kenyataan tu aku tak pasti tapi aku rasa dalam masa 2 tahun. Keadaan kewangan yang belum cukup kukuh mmbuat aku bekerja keras iaitu kerja lebih masa.Orang di sekeliling mukin merasa aku banyak duit kerana sering kerja lebih masa tapi hakikatnya aku kerja overtime kerana tak cukup duit iaitu nak tambah pendapatan.Semoga perancangan aku untuk berjaya dan bahagia dala hidup menjadi kenyataan.Doa doa kan lah......

Satu Perjalanan Disember 1994-mencari keserasian

Satu Perjalanan Disember 1994-mencari keserasian Hampir dua bulan aku telah melayari bahtera hidup sebagai suami isteri.Buat masa ini tiada masalah besar.Kalau masam masam muka dan merajuk tu adalah.Kami dalam proses mengenali watak masing masing secara realiti sebagai suami isteri.Dalam proses ini sudah pastilah ada sedikit ketegangan.Ialah kata orang lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Aku cuba mengelak perkara perkara sensitiv dan menjadi lebih beralah.Aku melayannya dengan baik dan cuba menjadi seorang suami yang baik dan bertanggung jawab.Aku bukan seorang lelaki yang romantik tapi ayang aku adalah seorang yang daring manja manja gitu. Berita sedih minggu lepas ayang aku tumpah darah munkin kandungan dalam 2minggu.Aku dan ayang memang sedih dengan apa yang berlaku.Kami reda dan menerima takdir dengan seadanya.Bersabar adalah jalan sebaiknya,munkin tiada rezeki dan yang pasti kami akan berusaha lagi untuk mencari zuriat seawal munkin. Pekerjaaan aku sebagai agent fowarding dan perkapalan di Pasir Gudang memaksa aku pulang lewat kerumah.Adakalanya selewat 1 pagi yang pastinya tiada istilah pulang jam 5 petang.Paling cepat pun pukul 8 malam.Kadang kadang aku menjadi serba salah antara kerjaya dan isteri yang berada di rumah.Ayang aku bekerja sebagai HR di sebuah kilang di Teberau Sanwa RC.Tapi dia tidaklah balik lewat malam .Jam 6 pm sudah berada di rumah.Lagi aku menjadi serbasalah bila balik lewat malam ayang dah sediakan makanan malam untuk aku.Bila balik dia dah tidur munkin tunggu aku lewat sangat.Walaupun aku dah makan di tempat kerja bila balik rumah lihat ada makanan aku tetap akan makan lagi sekali. Bagi aku saling faham memahami,toleransi,bersabar dan sanggup berkorban jiwa dan raga adalah kunci kebahagian rumahtangga.Amin ya allah.

Perjalanan 17 november 1994-Pindah rumah

Satu Perjalanan 17 november 1994-Pindah rumah Sehari setelah kembali dari Melaka aku dan ayang(isteri) pindah rumah di Tmn sri amar.Rumah itu telah aku cuci 3 minggu lepas.Masa pindah hari hujan,kelam kabut sikit.Pindah cuma bawa katil,almari,tv dan pakaian.Barang barang lain seperti mesin basuh, dan peti sejuk beli di kedai.Banyak barang tak perlu di beli kerana dapat hadiah perkawinan seperti barang elek,dapur gas,pingan mangkuk dan barang keperluan asas yang lain. Pertama kali dalam hidup aku tinggal serumah ,berdua dengan seorang perempuan ....ops!.isteri akulah.Aku cuba menghayati hidup berkeluarga .Masih lagi mencari atau menyesuaikan diri antara satu sama lain . Selepas majlis perkawinan banyak juga duit diperlukan.Banyak barang barang yang perlu di sediakan.Macam macam nak dibeli.Aku beli mana yang perlu saja.Yang tak berapa perlu di beli kemudian. Isnin depan 21/11/1994 aku akan mula bekerja.Berulang alik naik motor dari Jb ke Pasir Gudang pergi balik dalam 80 km. Best juga hidup berpasangan sebagai suami isteri.Aku harap segalanya berjalan lancar tiada apa apa masalah.Amin ya Allah.

Satu Perjalanan 12 November 1994-Majlis di Melaka

Satu Perjalanan 12 November 1994-Majlis di Melaka Pada pagi 12 Nov keluarga dan saudara mara isteri bersiap siap untuk bertandang ke Melaka.Di luar bas 40 penumpang telah bersedia menanti.Aku ikut sekali naik bas..hahaha pengantin naik bas.Cuaca gelap seperti mahu hujan..sampai di pagoh hujan turun dengan lebatnya.Harap harap tidak hujan di Melaka. Kenduri di kampung aku buat sederhana saja.. jemput saudara mara,teman teman dan orang orang kampung . Di Melaka kenduri kawinnya tak lah sampai malam, lepas bersanding dalam pukul 2pm-3pm tu dah kira tamat lah majlis.Rombongan dari Johor bertolak kembali ke johor pukul 3.30pm.Boss aku En.Lokman datang lewat pukul 6.30pm majlis dah tamat.Periuk pun dah basuh.Nasib baik ada baki makanan. Aku dan isteri tinggal di kampung selama 4 hari.Isteri cuba nak sesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.Nampak kekok sedikit.Bila keluarga aku bercakap dia tak berapa paham.Kerana tak biasa bercakap loghat Negeri Sembilan. Tiada berbulan madu kerana cuti yang terhad.Di Melaka cuma pergi ke Bandar Hilir dan kawasan sekitar untuk bergambar kenang-kenangan.Setelah 4 hari di Melaka aku dan isteri kembali semula ke Johor naik bas express dan bermulah satu kisah perjalanan hidup aku sebagai suami isteri.

Satu Perjalanan 6 November 1994-Majlis di JB

Satu Perjalanan 6 November 1994-Majlis di JB Hari hari yang di tunggu telah tiba aku dan isteri tersayang di sandingkan diatas pelamin.Diatas pelamin ada 2 pasang pengantin.Aku dengan isteri Mashura dan satu lagi pasangan iaitu adiknya Fazidah dan suaminya orang s,pore iaitu Paidi.Aku berdoa perkawinan ini biarlah yang pertama dan terakhir.Banyak gambar gambar diambil terutama gambar isteri perbagai posing. Abah tak dapat datang ke majlis perkawinanan aku di JB.Aku lihat emak merasa gembira tapi riak wajahnya seperti memikirkan sesuatu..Aku tak pasti apa yang di fikirkan oleh emak.Kepada adik beradik dan teman serumah dan tempat kerja di ucap lagi sekali jutaan terima kasih diatas sokongan anda. Majlis persandingan di JB ni aku lihat sungguh meriah..ramainya jemputan yang hadir..sebelum nak sampai ke pelamin ada sekatan Tol yang perlu di bayar.Memang adat di sini kena bayar tol...munkin tujuannya untuk memeriahkan lagi suasana majlis kenduri kendara.Pengapit aku ialah kawan aku iaitu kamal.Berpeluh juga nak tempuhi halangan tol.Ramai yang minta duit tol.Di pelamin pula . . .mak andam pula yang minta duit tol...tak per untuk memeriahkan majlis tak ada jadi masalah.Semua mata tertumpu pada pengantin.Kena senyum selalu. Siang dan malam berkompang.Penat juga siang buat majlis untuk orang ramai dan malam buat dinner untuk kawan kawan pula.Aku pakai baju kot hitam isteri pakai gaun putih.....macam orang putih kahwin.Lepas tu potong kek 3 tingkat.Sungguh meriah.Banyak dapat hadiah terutama dari kawan isteri aku. Rasanya orang yang mengendalikan majlis ini seperti di dapur iaitu tukang masak lagilah penat.Sebab tulah pagi besoknya aku kena cuci periuk.Banyak tu periuk nak kena cuci..hitam legam pulak tu.Nasib baik buat 2 pasang pengantin.Jadi aku dan biras aku Paidi kena cuci periuk yang hitam legam.Malam dahlah penat pagi kena pula basuh periuk.Lenguh tangan menyental.Tapi tak apa ni semua kenangan dan satu pengalaman yang baik.Saudara mara dah penat mengendalikan majlis kawin kita jadi upahnya basuh periuk lah.Kalau di kampung aku ..rasanya semua dah siap basuh.Kerana basuh periuk yang banyak aku terlepas untuk menghantar emak aku ke bus station untuk balik ke kampung.Aku harap emak tak kecik hati. Aku cuti selama 2 minggu.1 minggu pertama aku tinggal di rumah mertua aku yakni rumah isteri dan minggu depan iaitu 12 november 1994 majlis bertandang ke kampung aku pula di Kg Taboh Naning Alor gajah Melaka...Mari kita ke melaka pula......

Satu Perjalanan 30 October 1994-Akad Nikah

Satu Perjalanan 30 October 1994-Akad Nikah Sah! Sah!..yes..yes aku telah di sahkan menjadi suami.Lega rasanya.Rasa ingin menjerit sekuat hati tanda gembira namun untuk menghormati majlis aku menjerit dalam hati saja.hehehe.. Hari ini dalam sejarah kata orang.. syaitan akan menangis bila aku melafazkan akad nikah dan bila saksi mengesahkan aku telah menjadi seorang suami kepada Mashura Ariffin.Hari ini juga zaman bujang aku telah berakhir..haaaaa...kena tunggu 6 nov untuk majlis kenduri kendara..lagi seminggu beb!! ...hmmm... Dua kali juga aku lafazkan akad nikah..hati rasa gemuruh juga Majlis pernikahan terlewat 4jam gara gara imam Mahat tersalah tengok jadual.Masalah teknikal.Aku berada dalam keadaan tertekan kerana imam datang lewat.Takut imam tak datang.Kesabaran mengatasi segalanya.Sepatutnya lepas zohor tapi terlewat hingga ke asar...5.30pm baru majlis akad nikah bermula.Sebenarnya imam Mahat ni aku yang uruskan.Kelewatan ini mungkin silap aku tak uruskan dengan betul. Alhamdulilah segalanya telah selesai.Aku berdoa kepada Allah semoga keluarga yang bakal aku pimpin di redai oleh Allah ...Di jauhkan dari segala perkara perkara yang buruk dan di kurniakan zuriat yang baik baik. Jutaan terima kasih kepada adik beradik,saudara mara dan semua yang terlibat membantu aku dalam segala hal.Tanpa kau orang perjalanan hidup aku tak akan sempurna.Kepada Emak dan Abah terima kasih kerana telah memberi restu untuk aku berkahwin dengan pasangan pilihan aku iaitu Mashura Ariffin. Minggu depan 6 nov 1994 majlis Kenduri kendara di rumah pengantin perempuan di stulang baru Johor Bahru Johor...datang jangan tak datang...

Satu Perjalanan Ogos -October 1994

Satu Perjalanan Ogos -October 1994 Tiga bulan sudah aku bertunang.Kadang kadang aku masih merasa seperti kehidupan masa lalu iaitu hidup bujang.Aku belum menghayati sepenuhnya seperti kehidupan orang bertunang.Aku masih lagi mencari penyesuaian diri antara aku dan tunang aku Mashura.Aku tahu yang kita banyak perbezaan dari persamaan.Bila banyak perbezaan bagi aku kita akan lebih mengenali watak masing masing dan ia akan mengambil masa yang lama untuk menjadi ia satu persamaan.Satu proses yang memerlukan kesabaran dan sikap toleransi.Yang pasti kita ada satu persamaan iaitu ingin hidup bahagia dalam satu keluarga. Berita mengejutkan kalau ikut perjanjian pertunangan ini akan mengambil masa selama 1-2 tahun.Tapi pihak perempuan ingin mempercepatkan tarik pernikahan iaitu pada 30 october 1994 dan tarikh persandingan pada 6 november 1994 dimana pihak perempuan akan buat persandingan 2 pasang pengantin iaitu Mashura dan adiknya Fazidah..Pada mulanya aku dan keluarga tak mahu kerana aku belum bersedia pada tarikh tersebut tapi oleh kerana dah sayang aku akur.Oleh kerana aku dah akur dengan tarikh tersebut keluarga aku tiada bantahan.Aku ada masa dua bulan untuk buat persedian.Terima kasih pada keluarga kerana permudahkan perjalanan hidup aku ini. Lagi seminggu nak jumpa pak imam aku cuci rumah iaitu rumah sewa yang bakal aku duduki dengan bakal isteri aku.Rumah ini kecil sahaja .1dapur 1 bilik 1 bilik air dan 1 ruang tamu.Terletak di taman seri amar.Rumah sewa yang bercantum dengan rumah tuan rumah.Rumah nampak kurang selesa tapi oleh kerana sukar untuk mencari rumah sewa aku terima buat sementara waktu rumah ini. Berdebar pula rasa hati bila tarikh pernikahan dah makin hampir.Berikanlah aku kekuatan diri.Mula menghafal skrip akad nikah...aku trima...aku trima nikah..............aku harap semasa bersalam dengan pak imam darah gemuruh aku akan hilang.Mulai sekarang aku akan fikir perkara yang baik dan indah indah saja. Kepada teman teman serumah minggu ini adalah minggu terakhir kita bersama.Dunia kita dah mula berbeza..aku dah jumpa pasangan hidup aku kalian bila lagi.........

Satu Perjalanan 1 Mei 1994-Hari Pertunangan

Satu Perjalanan 1 Mei 1994-Hari Pertunangan Everyday I Love You Evermore itulah yang tertulis di kad ucapan mu sempena hari pertunangan kita.Aku harap kata kata ucapan itu tidak hanya diatas kertas tapi di realisasikan di alam realiti. 1 mei 1994 adalah antara hari yang di ingat kerana hari ini adalah hari pertunangan kita.Srsungguhnya hari ini adalah hari yang bertuah dan indah bagi aku.Aku berdoa semoga pertunangan kita di pelihara dan kekal sehingga ke jinjang pelamin.Aku sendiri tak percaya yang aku dah bertunang dengan diri mu.Melihat barang barang hantaran yang berada di depan mata barulah aku yakin yang kita telah bertunang. Pada pertunang ini aku mengharapkan Emak yang akan menyarung cincin ke jari manis mu.Tapi oleh kerana Emak tak sihat di wakilkan kepada Mak Nab iaitu mak mertua kak som yang kebetulan adiknya pak hamid bersaudara dengan keluarga mu. Aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara adik beradik dan para sahabat yang bersusah payah menolong aku menguruskan pertunangan aku.Terutama keluarga abang ipar aku abang Husin dan kak som banyak banyak terima kasih.Jasa mu tetap di kenang.

Satu Perjalanan April 1994

Satu Perjalanan April 1994 Hari raya sudah sebulan berlalu.Aku masih tercari cari siapa diri aku yang sebenar sekarang ini.Adakalanya fikiran menjadi buntu.Mukin inikah yang dinama tranformasi kehidupan.Jiwa terasa ingin satu perubahan.Kehidupan sebagai orang bujang seperti tidak sesuai dalam jiwa ini.Kehadirannya telah mengubah cara hidup aku menjadi lebih bermakna. Hubungan aku dengan Mashura menjadi semakin rapat.Dia nampak lebih serius dan lebih kehadapan dari aku dalam menjalinkan perhubungan yang lebih bermakna.Walaupun salam perkenalan tidak sampai enam bulan pintu hati aku mula terbuka untuk perasaan kasih dan sayang.Aku mula menyukainya.Tapi kadang kala ada suara di sisi hati yang sering berkata kata adakah benar aku menyanginya.Namun perasaan kasih dan sayang yang mula menebal telah menenggelamkan suara suara ghaib ini. Dalam keinginan melakukan satu tranformasi kehidupan satu keputusan yang penting .....amat penting dalam hidup aku... aku akan menyuntingnya untuk menjadi teman hidup bersama sama melayari perjalanan ini. Amin ya Allah.

Rabu, 8 Mei 2013

Satu Perjalanan Mac 1994

Satu Perjalanan Mac 1994 Satu perkara yang tidak pernah di perkatakan dan di ceritakan ialah mengenai salam perkenalan aku dengan seorang gadis yang bernama Mashura.Kisah salam perkenalan bermula sekitar bulan sept tahun 1993.Pada suatu pagi yang dingin...talipon berdering begitu lama dan tiada siapa yang mengangkat.Deringan menggangu tidur aku...dengan suara baru bangun pagi.....hello nak cakap dengan siapa..kedengaran suara seorang perempuan yang seperti mahu bercakap dengan kawan aku lalu aku memanggil kawan aku....dan aku kembali sambung tidur jam menunjukkan pukul 7 pagi..baru nak letak kepala...tiba tiba kawan aku panggil aku balik....dia nak cakap dengan kau daa....?? siapakah gerangan yang nak bercakap dengan aku pagi pagi ini. Hello boleh saya tahu siapa disana...hmmm ...saya Mashura...dalam hati setahu aku tiada lagi kawan aku bernama Mashura...tapi tak kisahlah..awek nak berbual aku layan aje...mata menjadi segar.Bermula dari situ aku terus berkawan dengannya dan sering bertanya khabar.Dia berkerja di Sanwa RC yang berhadapan tempat kerja lama aku di KWP.Tinggal di Kg Melayu JB. Bila dah berkawan tu...mulalah nak aturkan pertemuan.Biasalah mula mula ajak keluar makan dahulu.Tempat makan pertama di sebuah Restauran makannan laut di Pandan.Kali pertama berjumpa orangnya kecil molek dan suka berbual dan bercerita...aku nie sedikit pendiam jadi taklah sunyi sangat bila berjumpa.Aku naik motor masa tu..motor honda raider.Pernah pergi tengok wayang tapi cerita apa aku dah lupa.Pernah juga menonton bola di stadium larkin.Bila masuk ke stadium aku kena baling dengan kacang.Dalam beribu orang kat stadium ada pulak kawan aku iaitu Apai n the gang.Mereka kutuk aku tengok bola bawa awek..Stadium bukan tempat berdating katanya.Nak buat macam mana kalau awek dah minat tengok bola. Yang menariknya kedua pihak keluarga telah mengetahui perhubngan aku dan Mashura.Pada bulan puasa aku bernah berbuka dirumahnya.Aku tak pergi sendirian aku bawa kawan serumah aku kamal.Aku begitu sopan bila berada di rumahnya.Pijak semut pun tak mati ...hahaha...Sesuatu perkara yang tak pernah aku buat makan di rumah gadis yang aku baru kenali.Mashura juga pernah datang ke kampung aku di Melaka semasa kenduri kawin abang aku selepas seminggu hari raya.Naik bas dari JB dan aku tunggu di perhentian bas di Melaka dan kembali semula ke JB pada hari yang sama.Ini membuktikan sama sama dah suka.Ini gadis pertama yang aku bawa berjumpa dengan abah dan emak.Sebelum ini memang tak ada.Kami menjadi semakin rapat dan terus rapat....tapi masih lagi peringkat mengenal budi hati masing masing.

Satu Perjalanan Febuari 1994

Satu Perjalanan Febuari 1994 Telah 11 hari kita berpuasa.Pada awal ramadan aku berpuasa di kampung.Kebetulan awal ramadan jatuh pada tahun baru cina.Balik kampung naik motor dengan motor baru adik aku halim suzuki panter.Aku yang bawa sebab dia tak ada lesen lagi.Bulan ini juga aku dapat bonus tapi duit itu buat masa ini aku belum nak guna lagi jadi aku beri abang aku pakai dulu sebab dia nak guna untuk perkawinannya yang akan berlansung bulan depan seminggu selepas raya. Aku telah berpindah ke rumah sewa baru di Taman desa cermelang.Tinggal bersama kawan sekolah aku iaitu kamal bukan kamal yang guna talipon bil melambung tu.Kamal rakan sekampung aku ni aku kenal dari sekolah rendah hingga sekolah menengah semua satu kelas.Di rumah sewa baru ini aku tinggal sebilik dengan As..jangan salah faham As ni lelaki bukan perempuan nama sebenarmya mohd asni. Aku pindah bukan kerana tak serasi dengan kawan kawan lama iaitu Jas,Am,Yani dan (kamal -guna talipon bil melambung).Saja nak cari angin baru.Lagi pun kawan sekampung aku Jep yg putus 4 jari dah kerja di KL dan akan melansugkan perkawinan pada bulan depan.Dia kawin dengan rakan sekelas dari sekolah rendah hingga menengah.Dapat duit pampasan baru terbuka hati nak kawin.Kalau dah jodoh tak kemana. Aku ni bila lagi...tungguuuuuuu...........

Satu Perjalanan Desember 1993

Satu Perjalanan Desember 1993 Disaat saat warga Johor bergembira menyambut tahun 1994 dimana Johor akan di istiyarkan sebagai sebuah Bandar Raya... aku bersiap untuk balik kampung menghabiskan sisa sisa tahun 1993 dengan menumpang kereta abang aku iaitu abg man.Didalam kereta aku mengalamun mengingati kisah kisah lama dan wajah wajah yang pernah mewarnakan kehidupan aku sepanjang tahun 1993.Wajah pertama yang berada dilayar ingatan ialah nora.Saat ini mukin dia bahagia bersama suami dan keluarganya.Kadang kadang terfikir kenapa aku tidak serius dalam menjalinkan persahabatan.Adakah pada waktu itu aku seorang yang tidak matang atau kebudak-budakan.Yang berlalu tetap berlalu ,usah dikenang lagi .Apa nak buat dah bukan jodoh agaknya.Ada masanya aku merasa rindu dengan kawan kawan lama di KWP..teringin untuk berjumpa tapi masa amat terbatas untuk aku berbuat demikian. Tanpa aku sedari aku telah sampai ke pekan Air Hitam.Jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 12malam.Aku dan abg man serta rakannya menghilangkan penat di sebuah restoran. Detik 12 malam telah pun bermula menandakan tahun baru 1994 telah tiba.Aku dapat rasakan seluruh rakyat Johor termasuk kawan kawan aku sekarang ini bergembira menyambut tahun baru dengan imej Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya.Tentu meriah dengan percikkan bunga api. Umur aku meningkat lagi ke satu anak tangga menjadi 25 tahun.Aku juga seperti orang lain ingin punya kereta,rumah dan keluarga sendiri.Soalnya bila ?..hanya masa yang menentukannya. Tiba tiba aku terkejut bila abang aku serahkan kunci kereta.Kini tiba giliran aku memandu pulang ke kampung.Kereta terus meluncur membelah kedinginan malam di lebuh raya utara-selatan....

Satu Perjalanan Ogos -Sept.1993

Satu Perjalanan Ogos -Sept.1993 Jam menunjukkan pukul 9.30malam.Aku seperti orang yang kebingungan tak tahu nak buat apa.Nak mandi dan basuh baju air paip tak keluar, terlalu kerap gangguan air di kawasan ini iaitu kangkar teberau.Malam minggu ini aku dan rakan serumah hanya memerap menanti air paip.Muka semua berkerut penat bekerja kemudian tension balik rumah air pula tiada. Pagi ahad hujan turun mencurah curah.Aku mandi dan basuh baju dahulu kuatir air tak ada lagi.Buka radio kedengaran lagu fantasia bulan madu.Kalau hujan berterusan memerap lagi kat rumah.Kebosanan mula terasa,perut berbunyi tanda lapar.Hujan di luar semakin lebat.Talian talipon telah di potong gara gara rakan serumah iaitu kamal telah berkawan dengan awek Batu Pahat.Hari hari bergayut tanpa memikirkan kemampuan kewangan .Akibatnya bil mencecah $1,300.00.Tak mampu nak bayar.Yang aku risau talian talipon itu atas nama aku.Apa yang aku tahu sampai sekarang tak bayar..janji manisnya nak setelkan semua.Rakan serumah yang lain semua bengang.Aku jadi mangsa tanggung bil yang banyak. Hujan masih lagi tiada tanda mahu berhenti.Perut semakin keroncong.Pergi ke dapur tiada bahan untuk dimakan kecuali buah rambutan yang emak aku kirimkan melalui kakak aku yang balik ke kampung tempoh hari.Memandangkan aku dah lama tak balik kampung jadi emak kirimkan buah rambutan dan manggis.Terima kasihlah pada emak yang tidak melupakan aku.Rasa terharu bila membayangkan kesukaran emak memetik buah rambutan .Tidak terbalas budi baik emak.Emak tetap dalam ingatan aku. Sept 9 1993 adalah satu tarikh keramat dan hari kebesaran bagi akulah.Hari dimana buat pertama kali aku melihat dunia dimana aku belajar menangis.Setiap manusia dilahirkan dengan menangis dan apabila mati ditangisi ..itu lumrah alam.Hari ini genaplah umur aku 24 tahun ,semakin dewasa.Tentang jodoh belum di fikirkan lagi.Beberapa rakan telah bertunang dan ada yang telah berkawin.Dulu pernah berkata nak tamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun.Jodoh pertemuan di tangan allah. Hari jadi kali ini aku belanja kawan kawan makan.Aku harap akan menjadi lebih dewasa dan matang dalam setiap tidak tanduk mengharungi hari hari yang mendatang.

Satu Perjalanan Jun 1993 ***

Satu Perjalanan Jun 1993 *** Petang sabtu hujan turun mencurah curah..aku merenung ke luar tingkap sejauh mata memandang.Begitu indah alam ciptaan Allah s.a.w.Irama titisan hujan jatuh kebumi sungguh mengasyikkan ..bunyian alam semulajadi yang tidak pernah berubah sejak dulu lagi.Sesekali tiupan angin membuatkan pepohon menari seakan mengikut rentak bunyian hujan.Tumbuh tumbuhan seakan bersyukur tanda gembira bila hujan membasahi bumi.Rezeki alam.Kita dan alam saling memerlukan antara satu sama lain.Jangan sesekali kita mengkianati alam.Aaaaah...Suasana dingin dan tenang sekali... Esok 13 jun hari perkawinan nora.Jika tiada aral melintang aku akan menghadirkan diri untuk meraikan majlis perkawinannya di kg melayu lima kedai. 13jun 1993 Aku sampai sebelum majlis bersanding.Lepas makan aku berbual dengan teman teman yang lain.Hati berdetik mahu melihatnya untuk ke sekian kalinya.....dengan ditemani oleh seorang rakan aku menuju ke tepi tingkap... bilik pengantin.Di celah celah kepingan cermin tingkap.... aku melihat nora telah bersiap dengan baju pengantin warna merah dan sedang di solek oleh mak andam.Wah!! begitu anggun sekali..persis seorang puteri...seakan perasan kehadiran aku... dia menoleh ke tingkap dengan satu renungan yang bercahaya..merenung tepat ke arah aku ...tanpa kata kata...emosinya sedikit terganggu ...aku seakan tewas dengan renungannya ...... dengan sedikit seyuman aku hanya ucapkan selamat pengantin baru.....aku berpaling ...tanpa menoleh kebelakang ....aku terus belalu pergi.......motorsikal meluncur laju.... membawa aku......ke destinasi..yang biasa kita tujui...menyusuri jalan jalan yg pernah kita lalui ......aku mengimbau kenangan lalu .....Ini adalah hari terakhir kita berjumpa ...............dan aku akan terus menjalani kehidupan seperti biasa seperti insan insan yang lain mengejar impian di dunia yang sementara ni. Tak trajik pun...

Satu Perjalanan Januari- Mei 1993

Satu Perjalanan Januari- Mei 1993 Tahun 1992 telah sampai ke pelabuhan dan tahun 1993 baru bermulanya satu pelayaran membawa aku yang aku sendiri tak pasti kemana pelayaran ini akan berakhir dengan selamat atau karam di lautan bergelora.Segalanya ketentuan oleh yang maha esa.Kita manusia hanya mampu merancang,berusaha ,berdoa dan tawakal tapi segalanya hanya allah yamg menentukan. Detik detik terakhir tahun 1992 aku menghabiskan masa di meja snoker bersama kawan kawan happy bergembira menyambut tahun baru.Bila di fikirkan kembali tidak sepatutnya aku menghabiskan masa di tempat begitu.Seperti janji dan azam aku yang lepas aku perlu berusaha mengimbangai hal dunia dan hal akhirat.Kita manusia perlu berubah mengikut putaran usia dan aku perlu berubah sedikit demi sedikit. Bulan mac aku dapat tawaran berkerja di sebuah syarikat penghantaran dan perkapalan .Atas rekemen dari abang man, aku berjaya dalam temuduga.Aku ditempatkan di Pasir Gudang.Pejabat terletak di Kilang Funai elec.Pengalaman aku cuma di bahagian store dan sedikit dalam admind.Dalam urusan kastam,shipping,transport dan hal hal pelabuhan serta yg berkaitan memang tiada pengalaman dan pengatahuan.Zero.Kerja dalam bidang ini buatkan kepala pening dan tension.Bayangkan hari pertama kerja aku kena balik pukul 2 pagi.Semak kepala den.Memang menguji kesabaran..tambahan staf lama tak berapa mesra nak mengajar.Kesilapan ada satu pengalaman yang membuatkan kita menjadi lebih pandai dan bijak..tapi kalau sentiasa buat silap itu tandanya kita be..ngong. Saat berhenti ditempat lama di kilang kwp..memang sedih nak meninggalkan kawan kawan yg telah dianggap seperti saudara sendiri.Demi masa depan aku terpaksa tinggalkan kalian.Mereka buatkan aku jamuan perpisahan.Banyak kenangan aku disini dan wajah wajah yang masih tersimpan di peti memori. Aku sudah tukar motor ,jenis honda raider,no plat JBG608.Sport rim..nampak bergaya.Setiap hari berulang dari kangka teberau ke Pasir Gudang.Gaji lebih sedikit dari tempat lama.Setiap hari balik lambat.Terlalu banyak tekanan kerja.Hampir hampir nak berhenti kerja..aku kuatkan semangat untuk terus bekerja.Gaji pertama aku beli sebuah jam tangan jenis orient dan sebentuk cincin suasa sebagai kenangan gaji pertama.(sampai sekarang ada lagi).Selain dari pakaian barang peribadi yang aku minat adalah jam tangan,cincin dan kaca mata hitam.Kerja ditempat baru ini aku ramai kawan rasanya beratus orang dari staf kilang ,kastam ,johorport,shipping agency,fowarding agency,transport,haulage dan yang lain yang berkaitan semua aku kenal.Kadang kadang kenal rupa tapi tak ingat nama dan kenal suara tapi tak pernah jumpa. Dalam masa dua bulan aku mula dapat menyesuaikan diri ditempat baru dan aku mula menyukai bidang baru ini.

Satu Perjalanan October -Disember 1992

Satu Perjalanan October -Disember 1992 Yes..yes hoorey hari ini 15 oct aku lulus dalam ujian memandu kereta.Ujian kali pertama aku gagal dan ujian kedua aku lulus.Nampaknya segala plan tahun ini telah dapat di sempurnakan dengan baik.Sekarang aku sudah ada lesen kereta dan motor cum a kereta sahaja belum di beli.Mukin dalam masa 2 tahun lagi. Depavali tak lama lagi. Pantang ada cuti umum aku pasti akan balik kampung.Balik kampung adalah satu perkara yang paling aku suka.Di Kampung abah dah buka kedai runcit.Pada mula kedai nampak ok tapi kali ini aku tengok barang barang makin berkurangan.Aku tak pasti sebab apa terjadi begitu.Mukin modal tak cukup nak tambah barang. Bulan november aku kena deman panas.Pergi klinik,dapat mc.Satu perkara yang aku tak suka bila demam.kena memerap di rumah.Kawan kawan semua pergi kerja...otak jadi buntu bila tinggal seorang diri. Tempoh hari adik aku halim ada datang dia nak beli motor..jadi aku bantu dia serba sedikit untuk cukupkan duit muka.Beli motor suzuki panter 150cc.Dimasa yang sama juga kawan aku sekampung iaitu Zali datang nak pinjam duit katanya emaknya sakit jadi aku bagi apa yag patut.Tak sampai hati aku nak mengecewakannya.Memang sikap aku suka nak bantu orang dalam kesusahan tapi ikut kemampuan akulah. Cuma aku takut kalau aku dalam kesusahan tidak ada orang nak tolong.Aku sentiasa berdoa supaya hidup aku tak banyak ringtangan dan cabaran. Sesekali aku memahirkan diri bawa kereta dan van syarikat.Itu pun bila kerja hari minggu sebab bos tak ada.Setakat ni aku masih tak mahir lagi bawa kereta terutama bila di jalan raya banyak kereta atau jalan tengah jem..takut engine mati. Dirumah member aku bernama kamal dah warak..mukin dah dapat hidayah..alhamdulillah..tapi aku tengok kadang kadang terlalu fanatik.Aku masih lagi begini kadang kadang lima waktu pun tak cukup.Ada masanya aku sedih dengan diri sendiri yang adakala tidak sujud kepada yag maha esa.Sembahyang adalah tiang agama.Kesedaran sudah ada dan aku akan cuba mengimbangi hal dunia dan akhirat.Insyaallah.....

Satu Perjalanan Julai-Sept. 1992

Satu Perjalanan Julai-Sept. 1992 Hari ini bekerja terasa penat.Kilang dalam proses pemindahan.Banyak barang barang yg perlu di pindah.Tempat baru kilangnya besar sedikit.storenya besar..mudah untuk bekerja.Selepas makan aku relex tengok tv.Kawan serumah dengan hal masing masing.Aku masuk ke bilik capai dairi dan mula menulis apa yg diingati... Sudah 35 tahun negara kita merdeka.Banyak kemajuan telah dicapai.Ekonomi semakin meningkat.Pekerjaan semakin banyak dan peluang semakin banyak.Tapi aku..pencapaian cuma sedikit saja...tapi aku tetap bersyukur dengan rezaki yang ada.Aku merancang untuk mengambil lesen kereta. Sempena hari cuti kemerdekaan aku duduk dirumah tengok tv, belum ada perancangan dengan kawan kawan untuk berjalan jalan.Lagi sembilan hari aku akan menyambut hari lahir yang ke 23 tahun.Pejam celik hampir 5 tahun aku tinggal di JB.Terlalu pantas masa berjalan.Sempena hari lahir aku bercadang nak balik kampung.Rindu pada emak dan abah.Bila dapat berjumpa jiwa terasa tenang.Aku cuti tiga hari.Hari jadi kali ini jatuh bersama hari maulud nabi.Aku cuma beli satay untuk dimakan bersama keluarga. Dirumah kampung ada lagi seorang budak baru bekerja di plaza tol.Mukanya macam pernah aku lihat sebelum ini...ingat ingat lupa.Setelah disiasat ..rupanya satu sekolah menengah cuma aku tua setahun. Berita sedih bila aku kembali semula ke JB kawan aku Jep kemalangan di tempat kerja ...4 jari putus kena mesin stamping.Aku melawatnya di hospital tun aminah.Sedih juga aku lihatnya. Semasa di rumah sewa aku lihat ada sepucuk surat berbentuk kad tertera nama aku....apabila di buka..kad ucapan hari lahir dari nora.....Menusuk jiwa... dia masih mengingati lagi hari lahir aku....fikiran melayang mengimbau kenangan lalu.Hati berdetik terasa ingin berjumpa dengannya......aku cuba hubunginya melalui seorang rakan..... tapi hampa.... impian tak kesampaian...... dia sudah bertunang dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali.Aku rasa ...ini adalah atas pilihan keluarganya....ohhh tidak!!!.........haaaaa!!!...... melopong kau jang ..dah diambil orang..Ompuk orang jangan di usik lagi.Waawahaa.....!!!!!!! apo nak di kato...molopeh....waa!!waa!!!.........................

Satu Perjalanan Mac-Jun 1992

Satu Perjalanan Mac-Jun 1992 Aku baru sembuh dari deman panas dan mulut kena ulser.Aku alergik ubat anti-biotik jenis vacktim akibatnya muka bengkak dan bibir pecah.Terlalu sukar untuk makan.Berat badan berkurangan.Hidup bujang ni sakit pening kena tanggung sendiri.Kawan serumah yang menjadi tempat mengadu. Ramadan bakal menjelma..aku berharap akan dapat cukup berpuasa selama sebulan.Minggu lepas tahun baru cina aku balik kampung.Satu bilik rumah di kampung abah dan emak telah sewakan dengan budak budak perempuan yang bekerja di plaza tol.Masa berbual dengan emak dan abah serta adik beradik yang lain terselit bual bicara bertanya..aku ni dah ada pasangan hidup atau belum.Aku jawab belum ada.Aku faham mereka cuba nak kenenkan aku dengan salah seorang budak plaza tol tu seperti biasalah jawaban standart aku belum bersedia.Dalam hal yang melibat peribadi aku terlalu berahsia dengan emak,abah dan adik beradik. Pada hari raya tahun ni aku cuti seminggu dapat bonus sebulan gaji.Tahun ini aku rasa hari raya kurang meriah.Munkin aku dah dewasa.Puasa aku ponteng satu hari.Nak beraya dirumah saudara mara pun aku malas.Budak yang kerja kat plaza tol tu ada yang bercuti dan ada yang bekerja.Kadang kadang ada juga aku berbual dengan salah seorang dari mereka.Kakak kakak aku semua tengok pasang telinga nak korek rahsia dan kemudian beri komen sesuailah dan tak sesuailah. Pada bulan jun aku beli sebuah TV warna 14 inch jenama panasonic.Beli hutang di court mamount.Rumah di kampung telah masuk talian talipon.Senang sikit nak berhubung dengan emak.Bulan ini juga kakak sulung aku iaitu kak siah telah berpindah ke Jb.Jadi ramailah adik beradik aku di JB iaitu Kak som.kak siak,abg man dan adik aku halim.Semua duduk berasingan. Kilang KWP tempat aku bekerja nak berpindah lagi ke kawasan industri teberau 4.Aku tak pasti sampai bila aku nak bekerja disini.Hanya masa yang akan menentukan.Hampir setiap hari minggu aku kerja dan setiap hari aku kerja lebih masa hingga pukul 10 malam.Nak kumpul duit untuk masa depan.Duduk rumah terasa bosan dan lebih baik aku kerja lebih masa. Sekarang aku dah kurang berpeleseran tak tentu hala.Lagi pun ramai kawan kawan yang dah nak berkahwin.Jiwa terasa kosong seperti ada yang tidak kena tambahan pula hari ini hari minggu balik kerja..nak mandi air paip tak ada...tension... nya aku!!!!! Aku baru sembuh dari deman panas dan mulut kena ulser.Aku alergik ubat anti-biotik jenis vacktim akibatnya muka bengkak dan bibir pecah.Terlalu sukar untuk makan.Berat badan berkurangan.Hidup bujang ni sakit pening kena tanggung sendiri.Kawan serumah yang menjadi tempat mengadu. Ramadan bakal menjelma..aku berharap akan dapat cukup berpuasa selama sebulan.Minggu lepas tahun baru cina aku balik kampung.Satu bilik rumah di kampung abah dan emak telah sewakan dengan budak budak perempuan yang bekerja di plaza tol.Masa berbual dengan emak dan abah serta adik beradik yang lain terselit bual bicara bertanya..aku ni dah ada pasangan hidup atau belum.Aku jawab belum ada.Aku faham mereka cuba nak kenenkan aku dengan salah seorang budak plaza tol tu seperti biasalah jawaban standart aku belum bersedia.Dalam hal yang melibat peribadi aku terlalu berahsia dengan emak,abah dan adik beradik. Pada hari raya tahun ni aku cuti seminggu dapat bonus sebulan gaji.Tahun ini aku rasa hari raya kurang meriah.Munkin aku dah dewasa.Puasa aku ponteng satu hari.Nak beraya dirumah saudara mara pun aku malas.Budak yang kerja kat plaza tol tu ada yang bercuti dan ada yang bekerja.Kadang kadang ada juga aku berbual dengan salah seorang dari mereka.Kakak kakak aku semua tengok pasang telinga nak korek rahsia dan kemudian beri komen sesuailah dan tak sesuailah. Pada bulan jun aku beli sebuah TV warna 14 inch jenama panasonic.Beli hutang di court mamount.Rumah di kampung telah masuk talian talipon.Senang sikit nak berhubung dengan emak.Bulan ini juga kakak sulung aku iaitu kak siah telah berpindah ke Jb.Jadi ramailah adik beradik aku di JB iaitu Kak som.kak siak,abg man dan adik aku halim.Semua duduk berasingan. Kilang KWP tempat aku bekerja nak berpindah lagi ke kawasan industri teberau 4.Aku tak pasti sampai bila aku nak bekerja disini.Hanya masa yang akan menentukan.Hampir setiap hari minggu aku kerja dan setiap hari aku kerja lebih masa hingga pukul 10 malam.Nak kumpul duit untuk masa depan.Duduk rumah terasa bosan dan lebih baik aku kerja lebih masa. Sekarang aku dah kurang berpeleseran tak tentu hala.Lagi pun ramai kawan kawan yang dah nak berkahwin.Jiwa terasa kosong seperti ada yang tidak kena tambahan pula hari ini hari minggu balik kerja..nak mandi air paip tak ada...tension... nya aku!!!!!

Satu Perjalanan Januari 1992

Satu Perjalanan Januari 1992 Bye bye!! tahun 1991 dan hello tahun 1992..di bilik bujang yg sarat dengan almari pasang siap aku memikirkan untung dan rugi di tahun 1991 dan apa dugaan dan cabaran yang mendatang di tahun 1992.Aku memasang azam untuk bekerja lebih kuat dan berjaya dengan apa yang akan dirancang. Kring..kring...kring..satu panggilan yang tidak disangka sangka nora call aku dan ajak aku keluar dan berjalan jalan di tempat biasa di pantai lido.Hati rasa gumbira dapat berjumpa.Bual bual biasa tanya perkembangan diri masing masing.Dia seperti menanti aku berbicara tentang hubungan yang lebih erat...tapi lidah aku menjadi kelu..aku tidak bisa berbicara tentang cinta...sememangnya aku belum bersedia dan aku bukanlah seorang lelaki yg baik ,romantik dan punya kerjaya yang menjamin masa depan.Aku tahu kalau aku berbicara tentang cinta....aku pasti dia akan minta ikatan pertunangan dan seterusnya berkahwin.Dari segi pengalaman aku wanita kalau umur 22 tahun keatas fikirannya akan terarah kepada kehidupan berkeluarga tapi bagi lelaki macam aku masih perlu satu kehidupan yang bebas dari kongkongan.Walaupun aku sukakannya tapi aku berpendapat biarkanlah dia mencari lelaki yang boleh memberi kebahagiaan dan menjamin masa depannya.Aku ibaratkan perhubungan ini seperti jadual perjalanan hidup aku dan dia walaupun bertemu di persimpangan jalan tapi kita berlawanan arah tuju atau kata orang putih its not the right way and the right time.Kita bertemu dimasa dan waktu yang salah....aku minta maaf ......banyak banyak minta maaf.Aku ......bukan lelaki yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup mu....jutaan kemaafan...jiwa terasa bersalah kerna telah mengecewakan hati seseorang insan yang pernah hadir dalam hidup aku...

Satu Perjalanan Ogos-Nov 1991

Satu Perjalanan Ogos-Nov 1991 Penghujung bulan julai 1991 aku dapat berita dari kampung emak masuk hospital terendak kem melaka.Emak akan menjalani pembedahan ketumbuhan di lehernya,Aku cuti seminggu.Sedih tengok mak yang separuh sedar bila masuk ke bilik pembedahan.Hanya doa yg mengiringi mak.Selepas lebih 4jam pembedahan...doktor kata ok pembedahan berjaya.Terpancar kegembiraan dan kelegaan di wajah adik beradik.Aku rasa abah yang paling gembira..Kulihat wajah abah tersenyum tanda bersyukur..Alhamdulillah.....Emak selamat. Ogos 25 1991 aku pergi ke Negeri sembilan dengan kawan kawan..member kahwin sewa kereta dan aku singgah di kampung tengok emak.Syukur..emak bertambah sihat. 9- 9- 1991 antara hari yg sering di ingati.Kawan kawan serumah merancang nak buat birthday party aku, potong kek di pantai Lido .Tapi.....di pertengahan jalan area Larkin hujan turun dengan lebatnya.Aku dan member berteduh di taman berhadapan perpustakaan awam larkin.Habis barang persiapan dan termasuk kek basah.Jadi ambil keputusan potong kek di larkin dalam hujan lebat.Bila nak balik motor tak boleh start plug masuk air..kena tolak hampir 5km...bila hujan teduh relex sekejap cuci plug dan bila motor boleh start terus balik rumah.Buat game sedikit..riuh serumah.happy sangat...tapi tak boleh bising lebih lebih nanti jiran mengamuk. Penghujung bulan Julai member aku kamal ajak aku pergi KL ada seminar insuran.Aku ikut ..tidur di Hotel hilton 1 malam Rasanya pertama kali tidur di hotel mewah.Masa seminar aku tak berapa faham sebab seminar cakap orang putih..lagi pun aku tak minat kerja insuran ni.Masa exam aku tak datang. November 1991 ada jawatan kosong di store sebagai asst. storekeper Aku mohon ditukarkan kebahagian store.Boss setuju dengan syarat aku cari pengganti tempat aku sebagai despatch...dan aku berjaya. Pada bulan ini juga aku dan kawan aku Md Shah dan seorang lagi kawan perempuan iaitu Linda(sekampung dgn kak ita) pergi ke Labis tidur 2 malam.tengok kawan sekerja iaitu Kak Ita kahwin.Naik keretapi malam ..sampai Labis naik teksi pergi ke felda Chemplak.Tidur di rumah linda semalam selepas sarapan pergi kerumah kak ita.Keluarga kak ita ni memang baik dan terlalu menghormati tetamu..Aku kagum dengan abang kandung kak ita kerana selapas kematian bapa dia ambil alih tugas sebagai ketua keluarga membesarkan adik adik seramai 9 orang.Dia sanggup korbankan masa dan impiannya dengan tidak berkahwin demi kelangsungan hidup adik adiknya.Pada masa tu umurnya lebih 40 tahun. Oh ya..kawan aku Md Shah ni dia minat dengan kakak kpd kak ita iaitu Kak Chik..tapi kak Chik tak minat dengan Md Syah ni.Kesian Md Shah cinta tak berbalas. Ada kisah lucu terjadi disini..pada waktu malam kenduri ..aku nak pergi mandi.Bilik mandi rumah kak ita ni berada di luar rumah berdindingkan zing yg dah berlubang sana sini.Diluar bilik mandi ada makcik dan akak akak tengah basuh pinggan .Bila masuk dalam bilik mandi baru aku perasan ada banyak lubang.Dalam bilik air lampu terang diluar lampu malap sikit ..maknanya orang di luar memang nampak orang di dalam.kalau ada niat nak mengintailah.Aku tak bawa kain basahan jadi terpaksa mandi 18sx hehehe.Tiba tiba kak ita boleh hulur getah paip di celah celah lubang zing..aku bengang beb!!..dalam hati ...dia ni nak mengendap aku mandi ke aper nie.Cepat cepat aku ambil tuala mandi dan tiba tiba idea datang...aku cabut mentol dalam bilil air..bila gelap dapatlah aku mandi dengan tenang.Bila keluar dari bilik air ada pulak akak kat luar tu sound..apasal kau mandi dalam gelap..Aku jawap entahlah tiba tiba je lampu tu padam.Lepas tu aku bagitahu Md Shah kau cabut mentol bilik air kalau kau nak mandi.Sampai sekarang hati aku masih berkata kata ..kak ita ni nampak ke tak nampak masa dia hulur getah paip.Bengang beb!!!gangguan seksual????

Satu Perjalanan Jun-Julai 1991

Satu Perjalanan Jun-Julai 1991 Bulan Jun aku pulang ke kampung.Bukan nak bawa diri .... saja nak rehatkan minda.Mak terperanjat tiba tiba saja aku terpacul.Kebetulan musim durian..aku pulun buah durian sepuas puasnya. Kembali semula bertugas membuat kerja kerja harian.Pada suatu malam nora call aku kat rumah tanya aku mana menghilang 3 hari.Aku jawab balik kampung ada hal.Dan dia dapat merasakan yang aku seakan menjauhkan diri darinya.Dari segi perbualannya aku dapat rasa dia suka dengan aku.Aku keliru... Seperti ada yg merancangkan petang selepas balik kerja driver van pekerja abg rahman ajak aku naik van hantar pekerja pulang..kita jalan jalan.. nora pun naik van sekali.Berbual bual seperti biasa,Sampai di depan rumah nora abg rahman ajak turun pergi sembang dengan mak nora yg kebetulan ada depan rumah.Pada mulanya aku enggan kerana segan tapi desakan kuat abg rahman aku keluar dan bersalaman dengan mak nora.Nora cakap jawa dengan maknya tapi aku faham apa yg dia cakap..dia kata aku ni kawan sekerjanya yang lain lain aku tak faham.Dalam perjalanan balik abg rahman suruh aku berkawan dengan nora dengan lebih rapat..dia budak baik...aku jawab..insyallah.satu jawapan yg mengecewakan abg rahman barangkali ..tiada kesungguhan.Aku beritahu dengan abg rahman aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab umur baru 22tahun.Aku merancang untuk menamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun. soal jodoh..aku berserah pada yang maha esa.. 3 julai 1991 adalah hari terakhir nora bekerja.Pada pagi 3 julai baru aku tahu dia berhenti kerja.Aku tak tahu kenapa dia berhenti kerja.Kawan sekampungnya nanie tak nak beri tahu aku sebab kenapa dia berhenti kerja.Dalam hati..patulah pada malam 2 julai dia ajak aku dan kawan sekerjanya makan makan di bandar JB.Malam tu reaksinya lain sekali tapi aku tak mengesyaki apa apa.Malam tu dia minta aku hantarnya balik dan aku hairan dia minta maaf dan mengucapkan semoga kita jumpa lagi Rupanya semalam adalah hari terakhir aku jumpanya........ya.semoga kita berjumpa lagi disuatu hari nanti...... Bulan Jun aku pulang ke kampung.Bukan nak bawa diri .... saja nak rehatkan minda.Mak terperanjat tiba tiba saja aku terpacul.Kebetulan musim durian..aku pulun buah durian sepuas puasnya. Kembali semula bertugas membuat kerja kerja harian.Pada suatu malam nora call aku kat rumah tanya aku mana menghilang 3 hari.Aku jawab balik kampung ada hal.Dan dia dapat merasakan yang aku seakan menjauhkan diri darinya.Dari segi perbualannya aku dapat rasa dia suka dengan aku.Aku keliru... Seperti ada yg merancangkan petang selepas balik kerja driver van pekerja abg rahman ajak aku naik van hantar pekerja pulang..kita jalan jalan.. nora pun naik van sekali.Berbual bual seperti biasa,Sampai di depan rumah nora abg rahman ajak turun pergi sembang dengan mak nora yg kebetulan ada depan rumah.Pada mulanya aku enggan kerana segan tapi desakan kuat abg rahman aku keluar dan bersalaman dengan mak nora.Nora cakap jawa dengan maknya tapi aku faham apa yg dia cakap..dia kata aku ni kawan sekerjanya yang lain lain aku tak faham.Dalam perjalanan balik abg rahman suruh aku berkawan dengan nora dengan lebih rapat..dia budak baik...aku jawab..insyallah.satu jawapan yg mengecewakan abg rahman barangkali ..tiada kesungguhan.Aku beritahu dengan abg rahman aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab umur baru 22tahun.Aku merancang untuk menamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun. soal jodoh..aku berserah pada yang maha esa.. 3 julai 1991 adalah hari terakhir nora bekerja.Pada pagi 3 julai baru aku tahu dia berhenti kerja.Aku tak tahu kenapa dia berhenti kerja.Kawan sekampungnya nanie tak nak beri tahu aku sebab kenapa dia berhenti kerja.Dalam hati..patulah pada malam 2 julai dia ajak aku dan kawan sekerjanya makan makan di bandar JB.Malam tu reaksinya lain sekali tapi aku tak mengesyaki apa apa.Malam tu dia minta aku hantarnya balik dan aku hairan dia minta maaf dan mengucapkan semoga kita jumpa lagi Rupanya semalam adalah hari terakhir aku jumpanya........ya.semoga kita berjumpa lagi disuatu hari nanti......

Satu Perjalanan April-Mei 1991

Satu Perjalanan April-Mei 1991 Lagi 10 hari raya menjelang tiba.Buat masa ini puasa aku cukup.Raya pasti meriah.Persiapan telah dibuat..pakaian semua baru,duit raya untuk anak saudara telah disediakan dan aku telah mohon cuti satu minggu..bestnya cuti..dah lama tak makan masakan mak.Sesedap mana pun apa yg kita makan bagi aku tak akan sama dengan sentuhan masakan mak..walaupun mak masak telur masak kicap...bila makan terasa keiklasan masakan mak..utk anaknya. Mengenai hubungan aku dengan nora aku rasa hanya sebagai rakan sekerja.Lagi pun ada beberapa lelaki yang berminat juga dengannya.Pernah lihat nora berjalan naik motor dengan lelaki.Rasa seakan cemburu tapi bila di fikirkan kembali itu haknya nak keluar dengan sesiapa pun aku dengannya bukan ada apa ikatan pun.Aku rasa biar aku undur diri bukan kerana aku takut nak bersaing tapi memang cara aku tak nak bergaduh kerana seorang perempuan.Lagipun aku suka kehidupan sebagai orang bujang single...Tapi jiwa terasa sunyi..hampir setiap hari aku pulang awal jam 5 mesti punch card tidak seperti kebiasaan jam 6 baru pulang.Seperti ada yang tidak kena.Pernah terjadi bila pulang dari kerja tiba tiba motor rosak tali clutch putus..kena tolak hampir 5 km ke bengkel berdekatan..hati panas..fikiran bercelaru...adakah aku frust...oohhh..tidak sama sekali.

Satu Perjalanan Januari -Mac 1991

Satu Perjalanan Januari -Mac 1991 Happi new year..apa azam baru...itulah ucapan yg selalu kita dengar setiap kali tiba tahun baru..yalah takkan kita nak ucap selamat tinggal tahun lama.semoga kita jumpa lagi.Tahun yang berlalu kita tak akan jumpa lagi.Hanya kisah suka duka kehidupan yang ikut bersama kita.Sukar untuk dipadamkan kecuali kalau otak kita mereng. Pada tahun 1991 rumah sewa aku masuk talian talipon.Nombornya 07-541374(masa tu 6 nombor).Jadi mudahlah kawan kawan ,awek awek,saudara mara dan orang kampung nak talipon .Bila masuk talian talipon nie ada baik dan buruknya.Yang baiknya mudah kita atau orang nak cari kita.Yang tak baiknya kalau bergayut sampai merah telinga berjam jam.Masalah bil yang meningkat dah mula jadi isu.Yalah..yang tak guna tak kan nak bayar lebih.Macam aku jarang buat panggilan keluar ..panggilan masuk adalah.Bila bil sampai semua semak nombor masing masing sapa pakai dia bayar. Aku dah tukar motor..tukar suka sama suka dengan abang man.Motor kawasaki ninja 80 cc.Nampak bergaya sikit dan rezeki bertambah.. gaji aku naik $100.00. Emak ada datang JB tinggal di rumah kak som untuk berubat.Sakit apa aku tak pasti. Tentang persahabatan dengan nora macam biasa bagai seorang kawan.Aku masih malu malu dan belum bersedia untuk kearah yang lebih serius.Aku pun tak pasti yang dia suka kat aku atau tidak.Aku tak pernah tanya.Aku rasa masing masing menyimpan perasaan.Kalau keluarpun bual bual biasa saja.Selepas tahun baru cina pihak syarikat ada buat dinner.Aku duduk semeja dengan nora dan rakan yg lain.Masa diner semua pekerja kelihatan lain terutama pekerja wanita..wajah dah berubah dengan make-up..ada yang bertambah cantik dan ada yang jadi tak cantik.Bagi aku...aku lebih suka kecantikan semula jadi tanpa make-up.Natural beauty kat orang putih.Soal cantik ni tengok pada mata masing masinglah.Kadang kadang kita lihat orang tu cantik tapi orang lain lihat tak cantik.Terlalu umum...jadi kesimpulamnya..semua orang adalah cantik..manusia adalah satu ciptaan allah yang sempurna..jadi bersyukurlah dengan diri sendiri.

Satu Perjalanan Disember 1990

Satu Perjalanan Disember 1990 Beberapa hari lagi tahun 1990 akan berlabuh dan tahun 1991 akan memulakan pelayaran.Fikiran masih lagi nak enjoy .Umur dah nak meningkat 22 tahun.Kehidupan masih statik.Mata masih lagi terkebil kebil..mengingatkan kisah lalu...sukar nak tidur..jam menunjukkan 2 pagi.Radio masih bersiaran kisah coretan hati ..juruhebah memutarkan lagu lagu syahdu dan di selang seli dengan kata kata romantis dan puitis..sungguh menusuk kalbu.Kawan kawan semua sudah di buai mimpi ....mimpi indah barangkali...Fikiran melayang mengingat sesuatu yang manis.... Pertengahan bulan disember 1990,pihat syarikat ada membuat rombongan tahunan ke pantai Port Dickson.Sungguh meriah.Aku rasa kawan kawan di kilang Kam & wah ni adalah kawan aku yg terbaik satu kepala ngam.Semuanya enjoy happy .Boss aku rasalinggam aku tengok dia terlebih happy.Semua aktiviti dirakam oleh lenser kamera kodak film sebagai kenangan. Dengan nora aku cuba nak berkawan rapat dengannya..seperti yg aku katakan dulu ada respon tapi belum lagi nak mesra..berjalan di sepanjang pantai secara berkumpulan..naik bot dan naik kayak..letih tangan aku mengayuh kayak sebab aku je yg pandai kayuh..tapi tak per..ler.. .hehehe....aaaa kali ni si nora boleh mandi laut barangkali bulan belum nak datang kat dia.kot..hahaaha. Kawan kawan masa tu belum perasan yang aku minat kat budak nora ni.Minat ni bukanlah bermaksud nak bercinta.Cuma nak berkawan je..aku juga macam orang lain meminati dan diminati..satu perkara yang normal bagi lelaki seusia aku.Kalau lelaki tak minat pompuan itu tidak normal. Dalam bas aku duduk di belakang dengan kawan kawan yang suka buat bising.menyanyi lagu slow rock dengan gitar kapuk..zaman tu zaman rock baru nak memuncak.Bela rambut panjang.Jean and jaket. Bas singgah di Bandar Hilir Melaka untuk berehat dan makan sebelum balik ke johor bahru.Sebelum tu aku dah ambil cuti dan aku ambil kesempatan untuk balik kampung.. Hoi!! bangun,,bangun.. dah pagi..kawan aku mengejutkan aku .radio masih lagi bersiaran..aku bersiap untuk pergi kerja di pagi yang indah ini....

Satu Perjalanan October-1990

Satu Perjalanan October-1990 Seperti biasa aku datang awal ke pejabat ..buat apa yg patut..Kemudian boss aku sampai minta aku 2 borang jawatan kosong dan minta aku beri pada pencari kerja yg berada di bilik temuduga .Masuk di bilik temuduga ada 2 gadis sedang menunggu.Aku dengan ramah dan satu senyuman menegur.. haii...dan beri borang untuk diisi.Hati berdetik..cun juga budak 2 orang nie.Selepas di temuduga oleh boss...aku tengok borang...ooo,,budak gelang patah kg melayu lima kedai..umur 20 tahun.Namanya masih lagi diingat seorang bernama Kairani Masaet dan Norazila Kardy.Tengok pada nama bapanya macam jawa tulen.Busy body sikit ...tanya boss.. budak...tadi diterima kerja tak?..boss kata ok diserapkan kat QC.....hai selalu you tak pernah tanya...ada apa apa ke...you minat yang mana satu...aku diam sambil menyengeh......Semenjak tu aku selalu masuk ke dalam kilang untuk menonjolkan diri.. tambahan pula antara tugas aku check punch card...ada saja punch card yang tak kena...itu je lah alasan aku nak ke production.Pada masa tu pekerja ada lebih kurang 100 orang. Pada pertengahan bulan oktober kawan aku yg bertugas di production telah buat satu trip berkelah ke Desaru.Masa tu sewa Van.Satu van boleh isi 12 orang.Aku ikut serta dan yang bestnya budak perempuan ni pun ikut sekali.Wow!!...planing menjadi. Kawan kawan yang pergi semuanya ngam satu kepala..seronok dan meriah.Sampai didesaru.. .semuanya duduk selonggok di bawah pokok.Aku pun ambilah peluang untuk berkenalan.Respon nampak baik... Di Desaru semua orang mandi kecuali si Nora ni dia tak mahu mandi laut..aku pelik juga apasal dia tak nak mandi laut.Tanya kat kawannya nanie dia tak mahu jawap..begitu juga dengan budak pompuan yg lain..selepas sisi bergambar dan makan minum kami pun balik dan .bila aku sampai di rumah aku cerita kat kawan kawan serumah..kawan aku cakap...dia datang bulan lah tu..itu pun tak tahu....ooooo ..sememangnya aku tak tahu hal hal orang pompuan nie...

Satu perjalanan Mei-Sept 1990

Satu perjalanan Mei-Sept 1990 Selepas puas beraya di kampung aku kembali semula ke JB.Kawan serumah tanya lagi aku mengenai kerja despatch tu.Aku tanya pendapat kawan yg lain..semua kata terpulang kat aku.Bagai ada satu suara menyuruh aku menerima kerja itu.Akhirnya aku terima kerja despatch tu, antara sebab aku tertarik kerja despatch ini aku lihat kawan aku ni sentiasa smart dan bersih berbanding kerja kilang yg berminyak. 2 mei 1990 aku bekerja di tempat kerja baru di sentosa.Pejabat tempat aku bekerja ni menguruskan kilang percetakan Kam & wah printing.Supervisor tempat lama iaitu amoi tu tak bagi aku berhenti kerja..aku terangkan kat dia aku nak kerja yg lebih baik..pls... let me go (hehe ni gimik je).Dia kata kalau tak sesuai tempat baru dia suruh aku kerja balik.2 hari lepas tu kawan aku cakap ...2 hari amoi tu tak lalu makan..termenung je..tapi aku percaya kawan aku tu bergurau dan berlawak..jgn percaya. Sebulan kerja disini sebagai mat despatch merangkap opis boy tiada apa apa masalah.Dipejabat hanya aku seorang saja melayu.Amoi amoi kat pejabat semuanya baik tak sombong terutama ms ling dan ms chan.Dia banyak beri tunjuk ajar kerja kerja kat pejabat.Bos admin aku india nama dia mr rasalinggam.Dia tersangat friendly dengan aku.Boss besar mr.chan jarang bercakap dengan aku tapi kalau nak kopi dia selalu suruh aku buat..aku buat kopi kow.... Raya haji bulan julai aku balik kampung 3 hari.Sekarang di kampung musim buah.Aku ambil kesempatan makan buah sepuasnya terutama buah durian.Selepas raya haji aku kembali bertugas. kali ini kerja sibuk sikit sebab kilang Kam & wah akan berpindah ke Tampoi di jalan tahana.Tugas utama aku packing fail pejabat.Tempat baru ni kilangnya besar tapi masih menyewa. Selama ni aku bawa motor guna lesen L..tak terpikir nak ambil lesen B.Atas nasihat boss Rasalinggam aku ambil lesen motor.Masa tu JPJ terletak di Kebun Teh.Masa test aku gabra juga ..maklumlah ramai yg lihat.Hanya sekali test saja aku lulus.Happy sangat bila dapat lesen motor.Tapi yg tak happy nya seminggu lepas lesen lulus motor pula buat hal rosak!!!..kopak duit $200 lebih...semak kepala. Awal sept 1990 aku pindah rumah sewa ke Kangkar Teberau ,Rumah papan sewa sebulan $150.00 Kongsi 6 orang Nama kawan serumah Jep/Am/Kamal/Jas/Jepun-nama sebenar aku tak ingat. Semua budak Negeri 9.Dalam rumah memang riuh Jiran jiran memang sakit hati bila kita orang buat bising terutama waktu malam. Pada masa tu belum ada kesedaran nak hormat pada jiran.Pernah satu malam minggu ,rumah aku diserang oleh jiran sekitar... mereka bergabung.Jiran jiran semuanya dah berkeluarga dan yg baru berkawain pun ada.Bumbung rumah di baling batu ,dinding di baling dengan kayu.Bila zing yg berkarat kena batu..habis semua karat gugur jatuh kat kepala..haru biru.Hampir bergaduh dan oleh kerana memang kami yg bersalah,,kami serumah minta maaf.Lepas tu taubat tak buat bising..tapi kadang kadang buat juga..degillah katakan tapi bukan aku. Lepas kena serang dengan jiran pagi ahad tu bukak lagu search tajuk kepala angin ..buka sound speaker kuat kuat...saja bagi jiran dengar yang sememangnya angin satu badan dengan kami serumah.Dirumah memang masak jarang makan di luar.Lauk yg selalu di masak ayam masak lemak cili padi , ikan bilis sambal tumis letak santan dan daging masak kicap.Sapa yg masak tugas mengemas tak payah buat.Kenangan dengan kawan serumah ni memang banyak.Kadang kadang aku buka album tengok gambar lama ...mengimbau kenangan lama mengusik jiwa....

Satu Perjalanan Januari -April 1990-selangkah ke depan

Satu Perjalanan Januari -April 1990-selangkah ke depan Sudah 3 tahun aku tingalkan alam persekolahan.Harta yg aku ada cuma motorsikal.Ditahun baru ini 1990 perlu melangkah dengan berhati hati dan aku tidak boleh leka.Umur menuju ke angka 21 Seperti yang aku katakan aku akan ke JB mencuba nasib sekali lagi.Abang aku sekarang berada di Psr Gudang,dia ada call aku tentang satu temuduga di syarikat perkapalan,aku pergi temuduga tapi tak dapat kerana tiada pengalaman.Aku mesti cari kerja yg boleh menjamin masa depan.Kerja kerajaan aku pernah cuba mohon semuanya gagal kerana tiada orang dalam agaknya. Pada bulan mac 1990 aku berhenti kerja di propel dan kembali ke JB.Pernah kawan aku berkata kalau kau pernah ke JB dan pergi ketempat lain kau akan kembali semula di sini.Aku rasa ia satu kebetulan.Dapat kerja semua atas bantuan kawan.Di JB aku dapan kerja di Pandan iaitu kilang Sin Industri kilang buat body motor.Sekarang aku tak tahu kilang tu ada lagi atau tidak yg pasti tempat tu sekarang dah jadi Pasar Smart.Hari pertama kerja aku demam.Kerana semangat kerja aku gagahkan juga utk hadir kerja.Selepas 2 minggu kerja aku balik kampung ambil motor dan ambil gaji di tempat lama.Aku tak naik motor tapi aku dan motor naik keretapi.Dalam keretapi sempat berkenalan dengan seorang awek sebab dalam keretapi ada kerusinya yg duduk mengadap antara satu sama lain ya lah tak akan aku diam je..bualah serba sedikit..yang aku tahu dia budak kulai. Tahun ini aku berpuasa di JB dan berazam utk penuh berpuasa sebulan.Kalau puasa di kampung semua emak yang sediakan tapi disini kena masak sendiri.Nasib baik ada kawan serumah yg pandai masak.Aku cuma tolong potong bawang bolehlah.Mengenai kewangan tak berapa stabil sebab bulan depan dah nak raya.Kalau boleh aku nak semuanya baru. Dapat surat dari awek yg aku berkenalan dalam keretapi tempoh hari tapi aku tak balas suratnya sebab tak ada stem lagi pun bukan senang nak pergi ke pejabat pos beli stem.Aku rasa mesti budak tu tertunggu surat balasan.Minta maaflah tak dapek den nak nolong ha...stem takde dik oii... Oleh kerana aku sudah ada motor kawan aku nama kamal ada bagi tawaran kerja sebagai despatch..aku masih berpikir lagi.3 hari sebelum raya aku balik kampung naik bas dan tiket aku dah beli awal.Raya tahu nie aku sambut dgn ala kadar saja..dapatlah beri duit raya kat anak saudara.Masa tu anak saudara tak ramai lagi. Aku masih berfikir sama ada nak terima tawaran kawan aku tu atau tidak..sayang pula nak berhenti kerja kat kilang sin industri sebab amoi supervisor tu baik dengan aku sebab aku dengar kata hehehe.....aku berfikir lagi......

Satu Perjalanan Januari- Disember 1989-Dunia baru

Satu Perjalanan Januari- Disember 1989-Dunia baru Selamat tinggal 1988 dan selamat datang 1989.Tahun baru azam baru.Mahu meninggalkan kenangan lalu dan membuka lembaran baru.Azam aku tahun ini untuk menjadi lebih baik dari tahun lalu.Pertama sekali aku perlu mencari kerja baru dan tidak terlalu memilih.Dengan bantuan rakan serumah aku dapat kerja baru di Johor jaya sebagai pekerja biasa di sebuah kilang membuat basikal.Kalau sebut kilang tentulah taukeynya cina.Samaada kerja ni teruk atau tidak aku perlu berkerja untuk makan dan membayar duit rumah sewa.Lepas sebulan bekerja aku berhenti dan kerja di pandan kilang buat basikal juga.Cuma kali ini dekat dengan rumah jalan kaki saja.Gaji dalam $300.00.Kerja disini tak berapa seronok.Deskriminasi banyak sangat.Kerja macam kuli.Aku dah tak ada hati nak berkerja disini.Selepas tahun baru cina aku berheti tanpa notis. Dengan pertolongan kawan aku dapat kerja di limbungan kapal MSE di pasir gudang.Kerja disini memang mencabar.Dalam perut kapal,bawah kapal dan atas kapal semua tempat aku dah masuk.Aku ditugaskan membuat staging.Yang paling bahaya buat staging tergantung di dinding kapal.Silap haribulan boleh maut kalau jatuh.Seminggu berkerja kepala dah berdarah terhantuk besi.Gaji sehari dalam $15-$20.00.Kalau overnight dapatlah lebih.Yang tak bestnya ada kapal ada kerja.Pada masa tu kontrak majikkan aku dengan MSE buat kapal Navi Indera Sakti.Seminggu sebelum raya kontrak tamat.Nak tunggu kapal lain masuk lama lagi jadi aku balik kampung. Dikampung emak aku resah tengok aku tak ada kerja.Dengan usahanya dengan bantuan anak angkatnya yg bekerja di PLUS highway iaitu abg sobri aku dapat kerja dengan Propel iaitu jaga kebersihan tempat rehat di km 99 arah pedas linggi.Kerja meliputi sapu sampah cuci tandas buang rumput di longkang.Kerja sorang sorang kadang kadang cakap sorang sorang.Kalau nak bercakap tunggu orang berhenti berehat atau nak ke tandas.Dulu kereta tak banyak lagi.Masuk kerja dari pukul 8am-5pm.Bulan pertama aku naik basikal.Bulan kedua aku pinjam motor abg sobri dan bulan ketiga aku beli motor honda cup c70.Pelik duduk kampung 3bulan boleh pulak pakai motor.No motor MR4454. Rutin harian aku di kampung pagi pergi kerja petang balik rumah.Kadang kadang rasa bosan juga.Kawan kawan sebaya kebanyakan bekerja di KL.Kerja di kawasan rehat ni banyak juga aku belajar dari aspek kehidupan.Kita perlu menghormati dan menghargai orang yg bekerja sebagai tukang sapu sampah dan pencuci tandas tanpa mereka kehidupan kita tak akan sempurna.Bayangkan kalau mereka ini mogok tak nak cuci tandas awam.Jadi jagalah kebersihan alam sekitar dan tandas awam.Jangan buang sampah merata rata tempat.Aku bercakap dari segi pengalaman aku sebagai penjaga kebersihan kawasan rehat jadi aku tahu perasan orang yg bekerja seperti itu..Antara pengalaman lain jumpa dompet duit di dalam tandas dan kesemuanya aku pulangkan kepada tuan punya yg datang balik.Biasanya mereka akan bagi saguhati. Dalam hidup aku ada banyak no 9.Tarikh lahir ada banyak no 9,tempat lahir N9,adik beradik 9 org dlm ic lama ada 2 no 9 dihujung dan bekerja di km99. Pada penghujug tahun 1989 aku berfikir ingin kembali semula ke Johor Bahru rindu pulak kawan kawan dan kehidupan kat sana.....

Satu Perjalanan Januari-Desember 1988-1 kesilapan

Satu Perjalanan Januari-Desember 1988-1 kesilapan Jadi kerani kerja relex sikit.Kerja ada 2 shif.Antara tugasan utama buat job oder untuk staf dan serahan duit cash utk staf yg bekerja di luar.Ambil meter pump dan buat stock balance minyak yg masuk dan keluar.Buat secara manual dulu tak ada komputer.Kerja sangat mudah tapi membosan tiada rakan untuk berbual ...nak bebual dgn bos tak boleh sebab topix tak sesuai.Rakan semua kerja diluar jaga pump. Kerja disini memang best tapi bila terlalu banyak saudara mara kerja disini terjadi juga krisis.Sedara belah laki sedara belah bini semua ada disini.Abg Deris dah berhenti kerja sebab berselisih faham dgn boss iaitu abangnya.Aku biasalah tak ambil pot masalah tu semua...lantaklah..aku tetap dengan dunia aku. Bila dah tinggal di rumah bujang ni..macam macam lah perangai rakan serumah.Duit hilang,pinjam kasut tak pulang..pinjam baju..pinjam duit.cuma seluar dalam je tak ada sapa nak pinjam.Semak kepala dibuatnya.Malam minggu rutinnya memang ke bandar JB.Tempat wajib Komtar.kadang kadang tengok kawan jaming kat B saund studio.Aku minat muzik tapi tak pandai main alat muzik.Kadang kala berkelah di air terjun Kota tinggi.Naik bas.. masa tu motor belum ada. Berita sedih.....karier aku sebagai kerani tak lama.Aku letak jawatan.Ini semua gara gara kawan aku yang tak amanah.Penipuan dalam menyekat meter minyak dari berjalan.Tak tipu pelanggan tapi tipu boss.Silap aku lambat membongkar dan memberitahu boss kes ni.Antara kawan dan boss aku terperangkap di tengah tengah.Apabila bos dapat tahu aku mengambil keputusan meletak jawatan.Aku rasa bersalah.Mak ,abah dan kakak marah kat aku.Emak boss dan mak aku adalah besan.Kalau aku boleh kembali kemasa lalu aku rasa macam nak betulkan balik keadaan.Aku jadikan ini satu pengajaran dan pengalaman yg beharga buat diri ini.Mungkinkah ada cahaya di hujung terowong.......??

Satu Perjalanan-Jun -December 1987-rasa kebebasan

Satu Perjalanan-Jun -December 1987-rasa kebebasan Dengan bantuan rakan rakan aku dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan disini.Rakan rakan adalah orang yg paling hampir dengan aku.Semakin hari aku merasa seronok dengan kehidupan di Johor Bahru tapi taklah sampai lupa diri.Akibat pengaruh dari rakan rakan dan kehidupan yg agak bebas aku dah mula belajar hisap rokok terutama selepas makan.Mula mula minta sebatang kemudian beli sekotak.Nampak stailo bila lihat rakan hisap rokok.Bukan perokok tegar cuma untuk suka suka.Katanya tak dewasa kalau tak hisap rokok tapi sekarang aku dah lama berhenti hisap rokok.Tak ada faedahnya hisap rokok.Dapat gaji pertama aku cuba nak simpan tapi tak berjaya..ada saja yg nak dibeli.Duit banyak habis beli baju,seluar kasut dan tengok wayang.Dulu kat Jb ada banyak panggung wayang.Keluar dari panggung rex masuk ke panggung lido yg terletak bersebelahan kemudian masuk ke panggung nira di komtar. Sesekali ada juga aku kirim duit kat kampung sesekali kirim duit ...tak patutlah aku nie. Apa!! tak dengarlah.....Dating......ooooh.memang ada tapi tak selalu...biasanya budak perempuan yg ajak aku dating hehehe berlagak sikit...masa tu naik bas jalan jalan kat pantai lido..makan minum kat tepian tebrau..mana lagi nak pegi tu jelah tempat yang ada.Sekarang tempat tu dah jadi Danga Bay.Berkerja kat Petronas BBU memang menjadi perhatian ramai terutama dari budak sekolah.Tapi aku masa tu tak minatlah nak ada awek.Rasa jiwa tak bebaslah ..terikat.. lagi pun umur baru nak masuk 18 tahun.Belum terfikir lagi cintan cintan nie. Penghujung tahun 1987 aku dah tak tinggal dengan abg deris di BBU.Kawan kawan semakin ramai dan aku mengambil keputusan untuk sewa rumah dengan kawan kawan di Pandan.kalau tak silap 5 orang semuanya termasuk kawan sekampung iaitu Jep.Rumah sewa ni satu satunya masa aku sewa tahun pertama tak ada air paip,guna air perigi.Terasa macam duduk kat ulu.Kat kampung aku dah lama ada air paip.Kalau naik bas 3 kali rasanya baru sampai.Dari pandan ke kg ubi ke tampoi dan uda.Kalau kerja malam dan besok masuk pagi aku tidur di tempat kerja.Majikan memang ada sediakan bilik yakni macam store utk pekerja tinggal. Berita baik aku di naikkan pangkat menjadi kerani.Tak pastilah sama ada aku ni bagus atau sebab ada tali persaudaraan dgn boss aku di naikkan pangkat.Aahh tak kisahlah yang penting gaji pun naik.Bestnya jadi kerani duduk dalam air-con,,,.....

Satu Perjalanan-Mei 1987-kerjaya bermula

Satu Perjalanan-Mei 1987-kerjaya bermula Keretapi membelah malam...tiada tempat duduk,aku berdiri di satu sudut di tepi pintu..aaahh mana bisa aku berdiri begini..sesekali aku duduk di lantai melepaskan kepenatan berdiri.Keretapi behenti di segamat ,ramai penumpang turun barangkali aku dapat duduk kali ini.Betul tekaan aku.Aku tertidur dibuai mimpi dengan irama keretapi menuju ke Johor Bahru.Sampai di Jb pukul 5.30pagi..jalan lengang..aku singgah sarapan dahulu di gerai berdekatan dengan komtar.Badan terasa sakit mata seakan mahu tidur lagi.Kedengaran azan subuh berkumandang.Orang semakin ramai terutama pekerja menuju ke singapura. Seperti biasa aku naik bas menuju ke rumah Deris di BBU.Kali ini memang betul kerja dah nak mula.Esok aku kan bermula kerja.Aku tinggal ,makan dan minum di rumah Deris dan keluarganya.Cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Pekerjaan sebagai pump minyak adalah pekerjaan pertama.Gaji setelah ditolak epf dan socso rm220.00.Cukuplah untuk aku sorang .Nama boss adalah En.Mat adalah abang kepada abg ipar aku dan Deris .Deris bekerja sebagai supervisor.Boss muka nampak garang serius tapi hati baik.Siapa yg bekerja malam bos kasi makan percuma.Save sikit...Boss selalu pesan pelanggan adalah keutamaan .katanya dengan pelanggan kita kena senyum.Aku dan rakan sekerja hari hari kena senyum sampaikan awek kilang yg lalu lalang pun kita beri senyuman...hehehe. Minggu pertama aku tiada apa apa masalah semuanya berjalan lancar.Tapi minggu berikutnya aku kena tipu dengan seorang india isi minyak rm10 guna duit rm1000,,kejap nak beli tulah kejap nak ni cakap belit belit lepas tu tak jadi beli akhirnya aku silap balikduit.Rugi rm200.Kena ganti ,bayar secara ansuran.Rakan sekerja yang masih aku ingat yati bigor,zakiah cun,suhaimi,Izat ,Azman(dah arwah)Ali,Azam ,zaid dan berapa nama yg aku dah lupa.Suhaimi dan izat masih aku berhubung hingga kini.Izat bekerja di shipping agensi dan suhaimi jadi pembekal daging-bapa mentuanya(bekas imam) dgn bapa mentua aku adalah rakan.Dan bermula dari saat ini umur aku menuju 18tahun bermulalah kehidupan aku sebagai pekerja dan hidup berdikari ..susah senang sendiri tanggung dan aku rasa seakan bebas...............

Satu Perjalanan -April 1987-dipersimpangan

Satu Perjalanan -April 1987-dipersimpangan Johor Bahru kita ketemu lagi..aku berjalan dari stesyen keretapi Jb menuju ke Komtar.Jam menunjukkan pukul 5.30petang penghuni kota berpusu pusu dengan hal masing masing.Aku lihat penjual ubat bercolote memancing pelanggan,penjual rokok jalanan termenung seperti memikir sesuatu dan sesekali kedengaran senduk dan kuali berlaga .Mereka juga seperti aku punya impian hidup untuk mencari rezeki di kota ini.Aku dengan beg pakaian yg masih setia terus menunggu bas no 44 menuju ke rumah kakak di tmn sri amar. Keesoknya aku menuju ke rumah Deris di BBU...Jawabannya menghampakan..belum boleh mula kerja lagi atas sebab yg aku sendiri tak faham.Aku dah mula tawar hati...kepala terasa sakit..fikiran menjadi kusut...jiwa tertekan.. ini bermakna akan tinggal sementara di rumah kak som.Duit dah mula berkurangan..aku tak boleh lama tunggu disini dan aku mengambil keputusan utk pulang semula ke kampung.Lagi pun keputusan SPM tak lama lagi akan keluar dan tak lama lagi ramadhan akan menjelma. Dua hari di kampung keputusan SPM keluar....aku mendapat Gred 3..gembira atau sedih aku sendiri pun tak tahu.Terima seadanya.Dengan gred 3 nak naik tingkatan 6 tak boleh kalau nak mengulang kena secara persendirian.Aku berada di persimpangan jalan..... terus belajar atau menjadi seorang pekerja yang berbekalkan keputusan SPM.Keputusan perlu dibuat.....dan aku pilih menjadi pekerja. Hari raya menjelang tiba..persiapan untuk diri sendiri memang tiada..tiada baju ..tiada kasut baru..tapi semua itu tak penting .Aku perlu berjimat.Seperti biasa seminggu sebelum hari raya aku membantu mak buat lemang dan ketupat.Hari Raya semua adik beradik ada.Hahaha duit raya masih dapat lagi dari kakak.Setelah 4 hari beraya di kampung dapat berita... kerja dah nak bermula.Aku perlu segera ke JB .Persolannya kenapa dalam musim raya.Tiada hari lain kah?..mahu tak mahu aku kena pegi juga ke Johor Bahru...keretapi meluncur laju membelah malam yang dingin......

Satu Perjalanan Feb -Mac 1987-mencari hala tuju

Satu Perjalanan Feb -Mac 1987-mencari hala tuju Dengan semangat berkobar kobar aku sampai di stesyen keretapi JB lebih kurang pukul 6pm.Naik teksi menuju ke Bandar baru uda.Tapi kali ini sungguh mengharukan kerana abg deris dan keluarganya balik kampung di segamat.Masalah komunikasi lagi..susah nak cakap..aku kawal perasaan dan bertenang seketika.Mana nk pergi ni..aku resah..hari dah senja.Jiran sebelah 3 beradik nie pun tak ada rumah mukin pergi s,pura.Kalau ada pun tak mungkin aku bermalam dirumahnya.Aku cari public phone untuk menghubungi Kak som yg berada di tmn sri amar majidi.Malangnya public phone semua rosak.Nak pergi sendiri aku tak tahu panduan kerumahnya..rasanya lebih 6tahun aku tak pergi kerumahnya.Kak Som pada masa tu sudah berkahwin dgn Abg Hussin dan tinggal dengan Mak mertua iaitu Mak Nab dan Pak Mat(dah arwah).Nak telipon kampung pada masa tu kampung belum ada telipon lagi. Selepas makan di gerai berdekatan aku menuju ke Bangunan petronas yg belum siap tu.Aku jumpa pakcik guard yg bernama Pakcik Mat dan berbual bual dgn nya.Dia Mencadangkan aku tidur di sini..katanya ada seorang budak Indon yg tidur di bangunan yg belum siap ni..Jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di situ dengan budak Indon tu. Pada esok paginya atas panduan yg diberi oleh pakcik guard aku menuju ke stesyen bas JB.Dibandar JB aku cuba menghubung kak som dan nasib baik dapat.Dengan panduan yg diberi aku naik bas elek no 44 dan berhenti di kg ubi.Akhirnya aku sampai juga di rumah kak som. Selepas dua tiga hari aku dapat tahu sebenarnya pump minyak tu belum mula operasi lagi.Dalam hati kenapa call aku suruh datang.Aku rasa di permainkan.Hampir sebulan aku tinggal di rumah kak som.Aku rasa segan dan resah kerana tinggal lama sangat tanpa perkerjaan.Duduk makan minum tanpa pekerjaan.Terima kasih diucapkan dgn kak som dan abg husin kerana memahami situasi aku. Aku cuba mencari kerja dgn menuju ke kaw.ind tampoi.Nampak kain rentang jawatan kosong operator pengeluaran.. aku cuba mohon dan dapat.Kalau tak silap kilang TCM buat kain dan benang.Persikitaran tempat kerja memang teruk panas dan berabuk.Aku kerja disini cuma 1 1/2 hari saja kerana terpengaruh dgn rakan sekerja yg mengajak aku cari kerja lain katanya ada kerja kosong di kilang lain tapi hampa kerana jawatan operator dah penuh.Rakan yg baru aku kenali ni ajak aku pergi kerumahnya di kempas flat taman cempaka aku pulak ikut saja dan makan tengah hari di rumahnya.Petang baru aku balik rumah kak som. Tak tahu apa nak kata..esoknya aku balik kampung.Duit habis..kerja tak dapat.Tinggal di kampung 2minggu dapat call lagi suruh datang JB kerja dah nak bermula katanya.Untuk pengatahuan semua cara komunikasi dulu macam ni..Abg Deris tus tu call abg latip di pejabat dan kak lela call kak niah di masjid tanah dan kak niah akan balik kampung bagi tahu aku.Aku nak recomfirm balik adalah sesuatu yg sukar pada masa tu.Aku serba salah nak pergi atau tidak sebab takut maklumat salah lagi.Atas nasihat dan pandangan mak....aku kembali ke JB dgn perasaan yg kurang yakin..dalam keretapi aku berfikir susahnya kehidupan ini kalau tiada pelajaran..kalau gagal SPM macamana agaknya ..apakah cabaran seterusnya..terus bermain main dalam benak ku...keretapi meluncur lagu menuju ke Johor Bahru membawa satu harapan..yang tak pasti

Satu Perjalanan Januari 1987-meniti remaja

Satu Perjalanan Januari 1987-meniti remaja Desember 1986 sementara menunggu keputusan SPM aku lepak kat kampung kehulu kehilir tanpa hala tuju.Pada masa tu mencari kerja adalah sesuatu yg sukar.Zaman ekonomi meleset.Dimana zaman orang sukar untuk mencari pekerjaan.Kerja kerajaan dibekukan pada masa tu.Jawatan Polis dan Askar adalah jawatan yg orang berebut rebut memohon.Pernah mohon nak jadi polis kena reject sebab badan tak cukup besar.Kilang tak banyak lagi di Melaka.Nak kerja diladang sawit pun tak ada kerja kosong.Projek lebuhraya utara selatan sedang rancak berjalan penah mohon kerja buruh tapi hampa tak dapat mukin faktor umur.Tiada networking dengan rakan untuk peluang pekerjaan di KL.PM pada masa tu Dr.Mahathir tengah mencari jalan untuk mengatasi masalah penganguran yg tinggi.Usaha mencari pelabur jepun sedang giat dilakukan.Hasilnya sekarang banyak kilang kat Malaysia dan berlambak pekerja asing. Berbalik kepada zaman 80an dengan bantuan kak Lela dan suaminya abg latif aku dapat tawaran bekerja di Sekudai JB.Januari 1987 aku bertolak ke Muar menuju kerumah kak Lela.Dari Muar aku menuju ke Sekudai Bandar Baru Uda jalan Padi JB.Akibat masalah komunikasi yg bermasalah pada masa tu,maklumlah masa tu mana ada handphone dan GPS.Punyalah susah nak cari rumah kakak aku punyai suami punya adik iaitu abg deris(kira sedaralah).Apabila dapat cari rumah orangnya pula tak ada dirumah.Puas beri salam naik kering anak tekak akhirnya anak orang sebelah pulak yg keluar.Baik hati jiran ni dia jemput aku masuk.Pada mulanya aku keberatan juga nak masuk kerumahnya .Aku terima pelawaannya oleh kerana cuaca pada masa tu sangat panas dan aku rasa tentu dia dan keluarga ada di dalam rumah .Dalam rumah aku duduk di ruang tamu dan budak tu buat air oren sejuk..fuhh..lega rasanya.Bual punya bual dalam rumah tu ada 3 beradik perempuan semua.Umurnya aku rasa sekitar 19 ,17, 13.Ibubapanya bekerja di Singapura.Hampir satu jam aku berbual dengan 3 beradik nie.Memang baik 3 beradik ni dan banyak banyak terima kasihlah pada 3 beradik ni.Sampai sekarang aku tak tahu sebab budak tu ajak aku yg tak dikenali masuk kerumah mereka.Mukin kesian tengok aku kot..Aku dah tak ingat namanya..dan mereka adalah org dan rakan pertama aku kenali di JB. Apabila abg Deris dan keluarga sampai, aku pun terus keluar dan menuju kerumahnya. Pada malamnya baru aku tahu pekerjaan itu adalah sebagai pum attenden petronas pum station di bandar baru uda batu4-1/2 .Sebelum pump station tu siap aku kena kursus dulu di pum station lain .Kalau tak silap di Petronas batu 6 kg pasir.Dalam hati keja pump minyak pun ada kursus.Seminggu juga aku belajar cara cara isi minyak.Kursus ini bergaji Rm8 sehari.Sebenarnya kerja pump minyak ni pada masa tu ..kalau tak ada orang rekemen jgn haraplah nak dapat kerja.Peluang memang terhad.Dulu mana ada pekerja bangla macam sekarang ni..hahaha.Bebudak zaman sekarang ni dah tak berminat nak jadi budak pump minyak,tak gelemur .Lepas seminggu aku balik kampung semula sebab pump station yg aku nak kerja ni belum siap.Katanya sebulan lagi siap.Balik kampung naik keretapi dari JB sampai ke Tampin.Sebulan di kampung dapat panggilan telepon kerja dah nak bermula..........berdebar lak rasa hati ini..

Satu Perjalanan 1982-1986-sekolah menengah

Satu Perjalanan 1982-1986-sekolah menengah Dengan penuh keyakinan aku melangkah ke sekolah menengah Sultan Mansyur Shah ditingkatan satu pada tahun 1982.Jarak sekolah dgn rumah lebih kurang 10 km dan aku naik bas sekolah pada sisi petang.Saat meninggal sekolah rendah adalah saat yg sedih bercampur gembira.Sedihnya separuh kawan kawan bersekolah menengah di Alor Gajah dan lainnya bersama aku di Tampin.Aku di tempatkan didalam kelas 1A didalam aliran perdagangan.Dalam kelas memang semuanya pandai belaka.Dalam kelas aku sering dapat no 2 dari belakang hahaha..hebatkan.Kali ini bersaing dgn murid murid cina.Pada tahun 1982 nama aku tercatat sebagai antara murid pertama dalam pasukan koir yg menyanyi lagu sekolah.Bangga beb! Oh ya! serba sedikit mengenai keluarga pada tahun 1982 di rumah cuma tinggal abah.emak,abg man ,aku,halim dan sawina yg lain kak siah dan kak niah sudah berkahwin dan mengikut suami masing masing.Kak Som,Kak Lela dan Kak Nona sudah bekerja di Singapura,menyewa rumah di Johor Bahru.Mereka banyak membantu keluarga dari segi kewangan terutama bila tiba hari raya utk membeli baju adik adik.Abah bekerja sebagai penoreh getah dan penah membuka kedai runcit tapi tutup akibat ramai pelanggan yg berhutang tapi malas nak bayar.Emak selain sebagai suri rumah tangga ada buat kerja sambilan menjual minyak angin dan ubatan jamu.Emak menjaja minyak angin dari rumah ke rumah.Satu pengorbanan yg cukup besar untuk membesarkan anak anak. Akibat tak belajar di tingkatan 2 aku berada dalam kelas C hingga ke tingkatan 3.Sikap malas belajar munkin akibat bercampur dengan rakan yg seumpamanya.Tahun 1984 aku menduduki peperiksaan SRP.Berkat ketekunan yang sedikit aku lulus dengan dapat A33 dan dapatlah naik ke tingkatan 4 klau gagal return balik agaknya..Aku ambil aliran sastera yang paling diminati.Minat sastera tapi tak pernah dapat A dalam sastera ..hebatkan aku ni.Disini juga aku mula aktif dalam persatuan terutama dalam persatuan pusat sumber. Dalam sukan aku cuma mewakili rumah sukan iaitu rumah Bendahara warna hijau kalau bertanding selalu aje kalah. Pada tahun 1986 aku melangkah ke tingkatan 5 dalam kelas A.Pada tahun ini akan akan mengambil SPM yg menentukan masa depan aku.Umur 17 tahun dan pemikiran dah mula matang sedikit.Ada juga terima surat dari murid perempuan nak berkawan rapat tapi aku tak layan,jual mahal konon..kawan biasa bolehlah kot.haha.. Ketika berakhirnya SPM aku merasa sedih kerana meninggalkan kawan ,guru dan alam sekolah.Sampai sekarang aku lost contack dengan kawan tingkatan 5.Munkin mereka dah punya kehidupan masing masing.Teringin juga nak buat reunion. Sementara nak tunggu kepusan SPM aku merantau ke Johor Bahru utuk mencari peluang pekerjaan...jeng.jeng..jeng.....

Satu Perjalanan 1978-1981-zaman budak budak

Satu Perjalanan 1978-1981-zaman budak budak Kini umur telah meningkat ke 9 tahun .Seperti kanak kanak lain pada usia begini bermain adalah satu keutamaan.Bentuk badan kurus dan kecil.Pakaian ke sekolah seluar pendek warna biru dan baju putih dan kasut jenis plastik.Kelebihan kasut ini bila waktu pagi kalau kita gesek kat rumput yg berembun pagi gerenti jadi putih.Tapi kalau tengahari kaki akan berbau..perh..baunya enak.Tentang belanja sekolah aku sering bawa duit 10 sen atau 20 sen.Apa yg emak bagi itu lah yg aku bawa ,tak pernah protes tentang duit sekolah.Patut bersyukur kerana ada rakan rakan yg lansung tak bawa duit sekolah.Harga kuih pada masa tu 5 sen sekeping. Tahun 1979 masuk darjah 4 umur 10 tahun ,pelajaran pada masa ini boleh dikatakan sederhana tak lah teruk sangat.Pada tahun ini juga aku masuk sekolah agama rakyat pada sebelah petang.Berjalan kaki ke sekolah adalah rutin harian.Balik sekolah rendah makan dan bersiap semula untuk kesekolah agama.Pada masa tu tiada bas sekolah.Kalau hujan bagi yang tiada payung daun pisang akan menjadi payung.Kehadiran kesekolah sangat baik tiada ponteng kecuali sakit. Penilaian darjah 5 aku dapat 2B3C sangat tidak menberangsangkan.Disekolah kebanyakan murid kalau ditanya mengenai cita cita semuanya nak jadi doktor,pilot,cikgu,polis dan askar.Cita cita semuanya melangit tapi usaha untuk belajar kurang termasuklah aku sekali. Umur 12 tahun masuk darjah enam tahun 1981 sifat kanak kanak masih ada.Tahun ini juga aku bersunat Pada masa tu sukan yang digemari adalah bola sepak.Setiap petang main bola adalah perkara yang wajib.Pada masa tu aku dan rakan rakan bermain bola semuanya usaha sendiri dari beli bola,guna sawah terbiar untuk buat padang dan buluh untuk tiang gol.Kalau tak silap ada dua team bola yg sering berentap iaitu team batu api dan team seladang.Aku team batu api.Antara rakan rakan sepermainan ialah jep,wahid,rasul,joi,syam(dah meninggal)juli dan abang aku abg man dan adik halim.Selain main bola aku ada aktiviti lain iaitu main tembak tembak,buat meriam buluh,buat rakit dan buat rumah atas pokok dan masak sendiri.Sungguh seronok dan aku merasa rindu pada zaman itu.Pada masa tu mana ada ps 2.psp video game atau fb.Aktiviti menangkap ikan,menjaring,menimba adalah aktiviti yang sering ditunggu tunggu dan aktiviti menangguk udang.Abah adalah pakar menangkap ikan sungai.Aku,abg man dan halim banyak belajar teknik menangkap ikan dari abah. Ikan laut memang jarang dimakan.Sumber protin pada masa tu adalah ikan sungai yg terletak di belakang rumah.Kini sungai itu mengalir lesu akibat pencemaran.Tiada lagi ikan puyu,sebarau ,trubuk,udang,ketam,keli,haruan ,bujuk dan kini tiada lagi anak anak ikan bermain di gigi air.Semua pengalaman ini aku rasa generasi sekarang tak mukin akan merasai seperti mana aku dan rakan sepermainan merasainya.Pengalaman mendewasakan kami semua... Next episod menjadi remaja di sekolah menengah...tungguuuuu